As-Salam. Mungkin ramai tak tahu, bahawa salah satu cara entri anda diklasifikasikan satu entri berkualiti dan disifatkan sebagai entri mesra SEO (Search Engine Optimization) ialah dengan adanya satu pautan luar dengan tajuk hampir sama. Lebih baik andai pautan tersebut dibuat kepada blog atau entri yang mempunyai Google Pagerank yang lebih baik.

Kepentingan Pautan Luar

Kenapa penting? Ianya seperti pengelasan yang dilakukan oleh robot enjin carian. Apabila ada entri tertentu dengan kata kunci tertentu, dan ia pula ada saling kait dengan entri di blog-blog lain, sudah tentu kredibiliti atau populariti entri tersebut diambil kira dan ditempatkan di satu ruang khusus dalam pengkalan data enjin carian.

Itu sebab ada blogger yang suka buat segmen, atau pun kontest. Lebih-lebih lagi kontest SEO yang membabitkan penggunaan kata kunci tertentu. Selain bantu rakan blogger lain untuk tingkatkan Pagerank, ia juga bantu blogger berkenaan untuk menjadikan entrinya bernilai tinggi menerusi SEO atau SERP.

Belajar SEO Bukan Sehari Dua

Satu Pautan Luar Untuk Setiap Entri

Bagi anda yang mungkin mahu membuat entri yang pentingkan pendekatan SEO ini, maka pastikan satu pautan luar untuk setiap entri dibuat. Dan pastikan ia pautan yang ada kaitan dengan entri anda, lebih baik biar tajuk sama dan isi kandungan juga hampir sama dengan kata kunci tertentu. Ia ibarat satu tambah nilai buat entri anda.

Itu sebab mengapa entri kita jenis informasi perlu ada kredit tertentu. Selain beri tambah nilai pada entri tersebut, ia sebenarnya meningkatkan Pagerank, meningkatkan Ranking Alexa dan menjadikan entri tersebut satu entri bermanfaat. Namun, elakkan dari menulis entri yang tiru sebijik-sebijik sebab mungkin entri dan blog kena penalti dengan enjin carian, terutama Google.

Lihat sahaja bagaimana ramai blogger yang buat kontest SEO dalam blog menetapkan syarat untuk dipautkan entri peserta dengan blog mereka, terutama pihak penaja. Dan bagaimana ruangan komen digunakan sebaik mungkin (terutama komen dofollow) untuk menambah nilai entri tersebut dan menjadikan ia pertama dalam enjin carian.

Selamat praktikan Tips SEO Blogspot ini.


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sy masuk contest n segmen je..x berani nak anjur lg sbb follower baru 200 org!

    BalasPadam
  2. info yang bagus :D

    BalasPadam
  3. tip yg menarik bro!!!

    BalasPadam
  4. Pasti tip yang bagus untuk semua blogger, backlink dgn blog yg berstatus dofollow. Ini memberi banyak kebaikan, lebih-lebih lagi blogwalking yg ramai tak larat nak buat utk kunjung ke blog lain akibat kekangan masa. Blogwalking memerlukan pengorbanan masa utk melakukannya.

    BalasPadam
  5. Memanglah backlink amat perlu untuk diraih daripada blog luar, tanpa pautan, mana mungkin blog kita dapat pergi jauh.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement