As-Salam. Tak perlu nak ulas akan pengertian Bahasa Jiwa Bangsa. HH pasti ramai dah tahu dan tak sematkan dalam diri. Bukan belajar semalam atau kelmarin, tetapi ianya dah dipupuk sejak bangku sekolah lagi. Cuma, ramai yang tak berapa nak acuh tak acuh je, untuk disematkan dan diserapkan dalam kehidupan masing-masing. Dan ini termasuklah dalam dunia penulisan blog. Bahasa Jiwa Blogger Malaysia, andai bahasa sebegitu, hampir pasti jiwanya juga begitu.
Bahasa Jiwa Blogger Malaysia
Bahasa dalam entri, walaupun tiada ternampak lubang idung si penulis dalam setiap entri blog, namun adakala cara penggunaan bahasa dalam entri boleh menafsirkan sifat dan jiwa blogger tersebut. Walaupun, ada yang kata dont judge a blogger by its blog entries, tetapi sedikit sebanyak first impression dah boleh jelaskan. Ye tak?
Ok. Tak setuju tak mengapa. Itu terserah. Pengalaman HH bertemu secara realiti dengan penulis blog belum ada lagi. Mungkin anda yang dah pernah, mungkin lebih layak untuk berkisah. Maka itu, sudikan berkongsi di akhir entri.
Bahasa Cantik Jiwa Cantik
Apapun, penggunaan bahasa yang cantik tentu mencerminkan diri dan jiwa, ye tak? Pernahkah anda membaca entri jiwang karat tahap susu lemak berkrim? Tentu pernah. Entri tersebut mungkin menggambarkan jiwa si blogger ketika entri itu ditulis tengah asyik masyuk kemaruk bercinta. Biasalah, apabila bercinta, ayat-ayat penuh bunga cinta lestari.
Ada blogger yang sedang jiwa duka lara, sarat kesedihan dan kerisauan; menulis entri penuh hiba dan ada rasa tangis di balik kata. Tak nampak secara sekali lalu, tapi bila dibaca dari A sampai Z, terbayang kesedihan. Munkin tak ramai tapi ada, seperti mana kisah si anak kecil nama si Solleh yang dicoretkan oleh ibunya.
Bahasa Kasar Kesat Luah Rasa Tak Puas Hati
Banyak dan ramai blogger suka luah rasa tak terperi. Muncul menyelitkan entri rasa tak puas hati. Bahasa tidak lagi lunak untuk diucapkan. Malah banyak kata kesat yang tiada berhijab ditempelkan tanpa segan. HH pernah baca .... bukan sedikit satu atau dua.
Apabila jiwa tengah marah, bahasa tentu dipengaruhi perasaan membuak. Entri disulam rasa kebencian yang tidak bertapis ini memang membuatkan si pengunjung yang baca pun turut terlampias rasa.
HH pun guna bahasa rojak pasembor Penang mari. Entri ini bukan mahu anda jadi blogger yang tulis karangan Bahasa Malaysia gred A SPM, tetapi mahu bercerita halnya akan perlu kita menulis dengan jiwa bersih agar entri dalam blog juga bersih selamanya, bukan setakat Bersih 2.0 atau Bersih 3.0. Dan sebelum ini, HH pernah kata Bahasa Blog Jiwa Blogger.
Fikirlah apabila membuat entri baru.... bahasa jiwa blogger Malaysia.
Buat masa ni, kalau entri marah tu masih tak terkeluar ayat tak berhijab....
ReplyDeleteTapi tak taulah pandangan orang yang membacanya....
bahasa jiwa bgsa lambang kita
ReplyDeletepenulisan blog itu kadang2 banyak dipengaruhi oleh perasaan penulis ketika itu.
ReplyDeleteBahasa mencerminkan identiti diri. Biar bahasa rojak yang penting ada adab dan sopan.
ReplyDeleteyes, sangat setuju
ReplyDeletepenulis yang menulis melalui diri dan hatinya, akan terserlah diri dan karakternya secara langsung, kecuali yang rajin copy paste, itu susah sikit arr..:)-
ReplyDeleteHmm ... @google-187fcb43b8c1ef0adcae587cd3163a79:disqus ... saya setuju dengan pendapat anda.
ReplyDeleteYa, kena ada adab dalam menulis entri dalam blog. Kena selalu ingat, blog bukan sahaja dibaca oleh A dan B ... tetapi A sampai Z .. satu dunia
ReplyDeleteYa, kebanyakkan begitu. Dah baca entri saya mengenai perihal kenapa kena tulis entri waktu tenang tak?
ReplyDelete@AyueJeanRejaluddin:disqus ... sikap berhati-hati macam anda memang patut dicontohi dan dipuji. Bukan mudah untuk diri kita bebaskan cengkaman nafsu dan gelodak akibat marah.
ReplyDeleteTerima kasih HH diatas peringatan ini...so far, saya masih mampu menjaga adab bahasa saya sebagai seorang blogger
ReplyDeletebahasa mencerminkan diri.......
ReplyDeleteanak ciklaili.com (darjah 1) dah pandai membaca blog ibunya. mujurlah entri ditulis menggunakan tatabahasa yang betul dan memudahkannya untuk dibaca.
ReplyDeletesokong entri ni.. bersederhanalah dalam berbahasa. yg penting mudah difahami dan tidak mngguris hati. kan menulis juga untuk komunikasi, tak gitu HH :D
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.