As-Salam. Ada rakan blogger berkata, cara untuk lindungi gambar atau teks dari kena salin dan tampal (copy paste) adalah dengan menyahaftifkan klik kanan pada tetikus atau dengan kata lain yang lebih popular right-click disable.
Right Click Disable Susahkan Pengunjung Blog
Sebenarnya fungsi ini tidak beri sebarang makna atau implikasi yang diinginkan. Pengunjung masih boleh ambil atau cilok apa yang sahaja terkandung di dalam blog anda kerana ia boleh dilangkau. Kebanyakkan pelayar internet sudah boleh menyahtifkan fungsi right-click disable ini. Maka, penggunaannya hanyalah sekadar melengahkan masa, walhal mereka yang ingin ambil sebarang kandungan di dalam blog sanggup menunggu untuk membolehkan mereka ambil apa sahaja di dalam blog anda.
Tidak Sesuai Untuk Penganjuran Segmen atau Kontes
Dan dari satu sudut lain, ia sebenarnya menyusahkan pengunjung blog anda, terutama jika anda di masa yang sama sedang anjurkan segmen atau kontes tertentu yang memerlukan pengunjung atau peserta yang ingin ambil bahagian, ambil sebahagian entri anda ataupun banner yang tersedia menerusi segmen yang dianjurkan.
Jika anda anjurkan segmen atau kontes, mahu peserta ambil banner atau salin beberapa info penting seperti tarikh tutup atau cara nak sertai bagi diletakkan dalam entri mereka, right-click disable ini tentu menyusahkan, dan mereka berasa annoying. Akhirnya, tiada siapa yang nak join segmen atau kontes yang anda buat.
Maka, fikirkan balik anda buat right-click disable itu. Kalau mahu buat juga, anda boleh ikuti tutorial mengenainya di sini - Disable Right-Click in Blogspot
Dan cuba baca komen-komen yang diberikan oleh mereka yang pernah guna. :)
Jika tak mahu gambar anda kena ambil tanpa pengetahuan anda, sila cuba cara ini - Lindungi Gambar Guna CSS
betul... bila ada join segmen memang menyusahkan untuk copy link
ReplyDeleteDulu ada guna, tapi saya sendiri susah nak share kat tempat lain, last2 buang je... Sape nak copy biarlah (Lebih baik bagi sedikit kredit)... :-)
ReplyDeleteOoooo....begitu rupanya.
ReplyDelete~ ye..sangat betul..annoying tul kalo disable right-clikc tu..kalau nak lindung sangat gambar..baik tak payah buat blog..ehehehe
ReplyDeleteAku pernah membuat entri pasal ini..buat tutorial tapi tak ler copy ...
ReplyDeletesaya buat jugak function ni.. tulisan masih di copy sebab boleh ctrl C, sy buat sebab xnak gambar di copy aje :D
ReplyDeletesy guna plugin ni bbrp hari lepas, tp setelah dinasihati blogger otai, sy buang. sy sndiri pon rs leceh lebih2 lagi sy kerap guna right click utk buka tab baru
ReplyDeleteHmm tak cuba lagi kat blog WP saya ... ohh ada plugin yer. Rasanya tak letak kot
ReplyDeleteGambar still boleh dicopy sebenarnya. Tapi cara di atas ni sekadar lengahkan saja
ReplyDeleteOhhh ..nak link entri tersebut
ReplyDeletehahahaa.. marah nampak .. tapi hak masing2 nak lindungi apa yang ditulis tu
ReplyDeleteHahaha... kan .. hmmm apapun pilihan masih ada.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.