As-Salam. Adakah anda mahu blog anda menerima backlinks atau mempunyai backlinks daripada 3000 laman web? HH baru sahaja mengetahui mengenai perkara ini, di mana anda boleh hantar alamat url blog anda ke 3000 laman web di seluruh laman maya untuk membina backlinks.

Mengapa backlinks ini penting? Ia adalah untuk meningkatkan Google Pagerank (PR) blog anda, selain memberikan impak positif ke atas ranking Alexa. HH pernah tampilkan mengapa backlinks itu penting menerusi entri ini - Rahsia Sebenar Blog Pagerank Tinggi

Percuma Backlinks ke 3000 Laman Web

Sesuatu yang mudah untuk anda lakukan, newbie pun boleh buat. Cuma ada satu nasihat yang ingin HH berikan. Cara dan kaedah ini adalah kaedah jangka pendek, yang mungkin membahayakan. Namun, tidak salah untuk mencuba.


Bahaya? Ini adalah kerana blog anda boleh dikategorikan sebagai blog spam seandainya anda melakukan dengan kerap sehingga menampakkan satu keganjilan. Jika mahu tingkatkan backlinks ke 3000 laman web secara percuma, anda perlu lakukan dalam sela masa tertentu. Kesabaran amat diperlukan, dan jangan gopoh gapah untuk meningkatkan ranking blog anda di Google Pagerank mahupun Alexa.

Lagi satu, anda perlu pastikan blog anda punyai niche atau tema tertentu yang membolehkan setiap backlinks yang dibuat itu bernilai tinggi. Katakan blog anda tidak punyai niche tertentu dan dihantar url blog secara carca marba, maka kemungkinan blog anda tidak mendapat backlinks yang sepatutnya.

Anda perlu pastikan tajuk blog, tajuk meta dan deskripsi blog anda tepat dengan kandungan serta bersesuaian untuk memperoleh backlinks. Contohnya, blog hasrulhassan.com mengenengahkan panduan blogger, maka sudah ada satu niche di situ yang membolehkan direktori untuk menempatkan url blog anda. Ada dua perkataan cukup popular - panduan dalam bahasa Melayu dan blogger yang merupakan dalam bahasa Inggeris.

Jika mahu rahsia untuk tingkatkan backlinks ke 3000 laman web secara percuma, pastikan anda telah LIKE FB Fanpage Panduan Blogger kerana segalanya HH telah masukkan dan diinfokan di situ.

#Update: Ada blogger yang tak jumpa apa yang HH maksudkan tu, jadi boleh terus ke sini: https://www.facebook.com/notes/hasrulhassancom/bina-backlinks-mudah-ke-3000-laman-web-percuma/431207283620149

Mengapa tak buat entri? Sebab takut kena denda dengan Google Adsense.

p.s: Dah download toolbar untuk blogger tak? Kalau belum cuba jenguk dulu di sini: Toolbar Khas Untuk Blogger Tingkatkan Alexa Rank


14 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terbaik..

    ReplyDelete
  2. wow... sukanya dgn tips ini. terima kasih sifu :)

    ReplyDelete
  3. perlu hati-hati, jangan ikut suka saja. Mantapkan blog dulu atau sekurang-kurangnya mempunyai tema tertentu.

    ReplyDelete
  4. rasa macam nak cuba...

    ReplyDelete
  5. wahh...kena try ni...thanks HH atas info ni :D

    ReplyDelete
  6. salam..
    lebih prefer backlinks secara
    natural je..tak berani juga mencuba
    sesuatu yang berisiko :)

    ReplyDelete
  7. berbaloi tapi berbahaya utk jangka hayar blog oleh google..den dah penah kono main ngan pakcik google ni..blog lamoo dah berkubur..takutttt

    ReplyDelete
  8. memang kena hati2 nanti kena cop spam plak

    ReplyDelete
  9. apa ni, takde pun infonya? pegi fanpage klik smpai sini balik.pimai2 tangtu jugakk

    ReplyDelete
  10. Kalau tak jumpa .. pergi ke pautan ini: https://www.facebook.com/notes/hasrulhassancom/bina-backlinks-mudah-ke-3000-laman-web-percuma/431207283620149

    ReplyDelete
  11. nak cuba tapi takut..kih2

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Ketahui Rahsia Menjadi PEMILIK PRODUK JENAMA SENDIRI. Panduan Lengkap. Guna Kod "40DISKAUN" utk potongan 40%!KLIK SINI

Rahsia FB Post Viral 20 Ribu Share Dalam 5 hari! Ketahui Caranya Dengan Klik DI SINI

Advertisement