Letak Logo Pada Tajuk Setiap Entri

As-Salam. Sebelum ini, HH ada buat satu entri mengatakan betapa penjenamaan menerusi logo boleh membantu blog dikenali. Salah satu cara dan kaedah untuk perkenalkan logo blog anda yang cun melecun tu adalah dengan letak logo pada tajuk setiap entri.

Caranya mudah, malah sebenarnya ramai dah buat tutorial lebih kurang serupa. Cumanya pendekatan mereka lakukan adalah lebih kepada untuk cantikkan penampilan blog sahaja. Jadi, apakata selain mencantikkan blog, kita perkenalkan logo untuk blog supaya nanti pengunjung akan lebih kenal, dan pengikut tampak lebih yakin dengan blog anda.



Sebelum itu, pastikan anda sediakan dulu logo bagi blog anda. Logo biarlah ringkas tetapi menarik. Sesuai untuk melambangkan blog anda secara umum. Pilihan paling mudah, terutama untuk blog personal ialah meletakkan wajah anda sendiri. Dan kalau anda sudah punyai fanpage atau kumpulan blogger tersendiri, boleh juga letakkan ia sebagai logo. Ikut suka, asalkan ia akan menampakkan bahawa logo itu adalah blog anda.

Letak Logo Pada Tajuk Setiap Entri

Untuk letakkan logo pada tajuk setiap entri blog anda, pertama sekali anda kena buka dashboard - template blog anda. Anda perlu edit html blog anda dengan mencari kod berikut (berwarna oren)

letak logo pada tajuk entri blog

Buat sesetengah blog, terutama yang menggunakan fungsi readmore, anda akan jumpa beberapa kod di atas.  Cuba pilih kod yang kedua dan selitkan kod url logo blog anda di antaranya. Menjadikan kod tersebut seperti di bawah:

letak logo pada tajuk entri blog

Selamat mencuba.

Post a Comment

6 Comments

  1. salam. sy memang dah lama letak logo teddy bear di sebelah tajuk entri tu...cute kan? hehehehe

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Idea yang menarik!

    ReplyDelete
  3. ermmm...betol juga...logo pon main peranan penting gak..

    ReplyDelete
  4. t/kasih dengan tutorial yg amat berguna.


    p/s; saya suka template HH yang hijau ni, sangat sesuai dengan penulisan HH yang 'hijau-fresh' sentiasa.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum hh...menarik juga ni...:)

    ReplyDelete
  6. Nanti akan cuba..kena banyak belajar ni..

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.