As-Salam. Salah satu cara dan kaedah penjenamaan blog yang baik ialah meletakkan logo di dalam blog. Anda boleh mencipta logo sendiri berdasarkan kreativiti anda. Logo menampakkan blog anda punyai ketrampilan dan boleh buat pengunjung berasa yakin dengan penceritaan anda. 

Tentu sekali mereka akan nampak blog anda .... macam ..."Wow ... best..." dan seumpama. Ia juga sebagai salah satu langkah untuk blog anda tampil lebih menyerlah dan profesional. Ia seolah mewujudkan sebuah 'syarikat' di dalam dunia blog Malaysia. 

Logo Satu Bentuk Penjenamaan Blog Berkesan




Jenama blog perlu diketengahkan agar blog akan mudah diingati dan dikenali. Cara meletakkan logo merupakan salah satu langkah daripada beberapa kaedah lain yang mungkin boleh anda gunakan. Logo blog anda mestilah melambangkan penceritaan blog anda secara umum. Biasanya, sebuah blog peribadi, akan meletakkan logo yang berupa wajah jelita atau kacak anda. Ada pula yang lebih senang meletakkan logo berbentuk wajah kartun maya. Apa bentuk illustrasi adalah terpulang pada anda.

Penggunaan logo boleh dijadikan sebagai asas untuk anda cipta banner untuk blog anda sendiri. Ia boleh juga digunakan sebagai avatar umum di mana-mana laman web atau blog. Malah, anda boleh gunakan untuk mewakili blog anda di laman Facebook dan Facebook Fanpage. Dan ia juga sesuai digunakan untuk Google Page anda.

Antara cara paling mudah memperkenalkan logo blog anda ialah dengan menjadikan ia sebagai favicon blog anda. Setelah cipta logo anda sendiri, muat-naik favicon dengan logo anda menerusi ruangan dashboard - layout blogspot anda. Pastikan ia dalam saiz imej yang bersesuaian iaitu dalam saiz berbentuk segiempat tepat. Contoh: 25px x 25px.

Logo Satu Bentuk Penjenamaan Blog Berkesan


Logo boleh diletakkan pada header blog anda. Malah ia juga boleh diletakkan pada tajuk setiap entri blog anda. In Sha Allah, HH akan kongsikan cara dan kaedah untuk letakkan logo ini pada tajuk entri blog.

Anda juga boleh letakkan ia sebagai watermarks untuk lindungi gambar di dalam entri dan blog anda. Ya, mungkin tak boleh nak sekat orang lain curi gambar cantik, cun, seksi, menawan anda tu, tetapi dengan adanya watermarks ini yang kebetulan ada logo blog, setidaknya si pencuri tu segan la juga nak letak pada blog mereka. Ye tak?

Maka, usahakan untuk cipta sendiri logo bagi blog anda bertujuan menjenamakan blog dalam dunia blog Malaysia. Ia satu cara yang mudah untuk mempromosi dan memperkenalkan blog anda untuk jangkamasa panjang. Logo satu bentuk penjenamaan blog berkesan, in Sha Allah.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement