As-Salam. Sedang berblogwalking, cuba untuk klik join this site atau klik butang follower; tetapi keluar error 404. Apa berlaku? Adakah pihak Google Blogspot telah dengan sepenuhnya menyahaktifkan fungsi widget GFC follower tersebut? Apa perlu dilakukan oleh blog yang hadapi masalah ini?

HH telah mencuba beberapa kali blog-blog rakan blogger baru untuk klik butang follower, apa yang berlaku adalah keluar mesej error seperti ini:


Agak malang bagi diri HH tidak dapat untuk melakukan apa-apa. Namun, bagi blog yang telah sedia memasang widget baru daripada blogspot, anda bertuah kerana widget Google+ Follower berfungsi dengan baik.

Sebelum ini, HH pernah berkisah mengenai kebaikan memasang widget terbaru dari blogspot ini. Google+ Follower memberikan banyak kelebihan buat sesebuah blog. Selain ia memberikan anda satu peluang untuk berkongsi entri blog terkini dengan mudah, anda sebenarnya membina jaringan persahabatan antara blogger dengan lebih telus dan lebih baik daripada sebelumnya.

Malah, widget Google+ Follower adalah lebih mudah untuk kita customize mengikut layout blog kita seperti yang HH ceritakan menerusi entri ini - Google+ Follower Cirian Terbaru.

Andai blog anda masih tiada widget Google+ Follower, letak dan pasang ia sekarang untuk bantu blog anda terima trafik menerusi rangkaian ini.


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pernah letak...tapi mcm ada mslh sikit..terpaksa tukar semula GFC...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement