As-Salam. Jangan lihat manis sahaja, anda perlu lihat masam, pahit, payau dan kelat dalam dunia blog Malaysia ni. Mungkin, anda masih baru dalam dunia blog. Maka, anda belum lagi merasai betapa kejamnya dunia blog Malaysia apabila anda mula diberikan perhatian dan mendapat perhatian di dalam dunia blog.

Serius. Ada sahaja mata dan tangan yang tak senang hati apabila seorang blogger itu capai kejayaan. Mencari salah dan silap adalah kelebihan yang mereka ada. Sanggup mengodek segala isi untuk mencari kecacatan seseorang blogger yang semakin naik berjaya.

Kegetiran ini semua telah dirasai oleh ramai blogger yang telah punyai pengikut yang ramai, termasuklah rakan blogger Fatin Liyana, Ben Ashaari, Mat Gebu, Jejari Runcing, Broframestone, Fatin Suhana .... dan ... uhh dah tersenarai dibuatnya. Mereka pernah merasai betapa kejamnya dunia blog Malaysia ini terhadap mereka.

Jadi, kepada anda .... sentiasalah bersedia untuk hadapinya. Mungkin tidak hari ini atau esok, tapi mana tahu apabila anda telah menjadi seorang blogger yang dikenali ramai, akan ada sahaja catatan yang cuba mencacatkan penampilan anda di dalam dunia blog Malaysia.

Nasihat HH, hati-hati dengan apa yang anda tulis, kongsi dan persembahkan di dalam blog. Jangan terima nasib seperti HH yang pernah menerima komen WTF gara-gara entri yang sangat panas meletop. Belum lagi blog kena godam, kena tiru dan sebagainya.

Perbanyakkan ilmu.

Sebagai blogger terutama pemilik blog peribadi, hati-hati dengan gambar dan cara penulisan anda. Cara anda tulis dan cara pengunjung blog anda baca tidak semestinya bernada dan berintonasi sama. Tentu anda tidak mahu menjadi mangsa kepada dunia blog yang penuh ranjau duri ini (yang mungkin anda belum tempuhi lagi).

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Terima kasih atas nasihat sifu yg sangat berguna bg blogger baru mcm sy

    BalasPadam
  2. sgt la bersetuju...bukan seperti yg kita inginkan dan harapkan...

    BalasPadam
  3. Masih baru...tak tau pe lagi...:)
    tapi penah gak 2kali jew dapat feedback panas dari anymous....

    BalasPadam
  4. Salam,
    Tingginya trafik...Ambe nak cecah 500 sehari pun payah.
    Terima kasih...nasihat anda menjadi peringatan, tp ntah bile le nak sampai tahap mcm tu...

    BalasPadam
  5. betul tue abg HH... bersusah dahulu, bersenang kemudian.

    BalasPadam
  6. Sentiasa berwaspada dan sentiasa reda dengan sepak teranjang dunia blogger

    BalasPadam
  7. Risau juga saya..saya sedaya upaya cuba update entri yang tidak melibatkan mana-mana pihak. Harap kalo ada dugaan sebegini, saya boleh bersabar

    BalasPadam

Catat Komen

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Terbaru Lebih lama