As-Salam. Tentu merasa sangat teruja apabila blog anda tiba-tiba menerima trafik cukup lebat dan mendadak. Kadangkala, anda tak tahu pun bila masa blog anda menerima trafik sedemikian rupa. Dan kadangkala pula, anda tidak tahu pun dari mana datangnya sumber trafik sebegitu hebat, sehingga menjana trafik ratusan seminit!



Kalau kita aplikasikan ciri-ciri mudah SEO dalam blog, terutama teknik on page SEO (Search Engine Optimization), tidak mustahil entri SEO jana trafik ratusan seminit. Mungkin, semasa di awal terbitan entri tersebut tak berapa nampak kesannya, tetapi in Sya Allah .... lama kelamaan entri yang bernilai tinggi ini akan juga memberikan impak positif pada blog anda.

Anda tidak seharusnya mengalah apabila di awalnya anda yakin entri dapat tarik trafik itu kecundang. Ia mungkin berlaku 24 jam selepas, mungkin 4-5 hari selepas atau mungkin 1-2 minggu selepas anda terbitkan entri ciri SEO ini.

Entri SEO Jana Trafik Ratusan Seminit

Yang pasti, ia akan meledakkan janaan trafik ke blog anda tanpa anda sedari pun. Penggunaan kata kunci yang sesuai (yang tidak semestinya popular) serta beberapa pendekatan SEO on page untuk entri anda in Sya Allah boleh membuatkan anda rasa satu kepuasan kemudian nanti.

Bukan sahaja memberikan trafik lipat kali ganda tanpa sangka, malah ia memberikan ruang untuk blog anda lebih dikenali. Dan mana tahu, rezeki blog anda, dapat pula tarikan daripada mereka yang mahu beriklan di blog anda dengan nilai tinggi.

HH seboleh mungkin cuba untuk melatih dan memberikan tips terbaik hasil pengalaman berblog bertahun untuk anda memperoleh trafik terbaik buat blog anda. Yang pasti dan tanpa ragu, entri SEO jana trafik ratusan seminit bukan perkara alam mistik yang perlu anda nganga mulut luas. Ia merupakan teknik dan taktik yang boleh anda pelajari dan aplikasikan.

Dah. Tutup mulut anda. Lebih baik anda belajar sedikit demi sedikit mengeai tips SEO untuk blogspot! Tak gitu?

19 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Pernah merasa beberapa kali ratusan trafik dalam beberapa minit..perasaan gembira tak dapat dibayangkan. :)

    BalasPadam
  2. ikut nasib je kan. kalau nasib kita baik, memang rezeki kan. so, kena try n error.

    BalasPadam
  3. Dasat penangan SEO ni ye... Bilalah nak pandai nie...


    p/s: masih tenganga lagi nih!

    BalasPadam
  4. kena pelajari seo nie dgn lebih mendalam......

    BalasPadam
  5. Hmm .. ambil yang cetek dulu .. takut tenggelam

    BalasPadam
  6. mohd jamil abd patah9 Mac 2013 pada 7:27 PTG

    PokCIk lansung tak tahu SEO ini apa...bila dibaca makin pening jadinya....

    BalasPadam
  7. Baca pelan-pelan.... mulai dengan bismilllah

    BalasPadam
  8. Aku memang suka SEO

    BalasPadam
  9. Kalau blog WP .. memang perkara ini dititikberatkan

    BalasPadam
  10. Rasanya masa saya update entri tentang trip ke Cameron Highlands, traffic mmg tinggi..xsangka sbb masa tu saya tak aktif berblog pun..itu antara ciri-ciri mesra SEO ke HH?

    BalasPadam
  11. Ya betul ... :) kalau bijak guna kata kunci tertentu, dapat trafik berganda2 dari biasa

    BalasPadam
  12. penggunaan kata kunci yang sesuai boleh jana trafik dengan segera.. selalu juga guna cara ni dulu.. nice tips!

    BalasPadam
  13. terima kasih @donnyien:disqus .... lama bercuti ye .. :)

    BalasPadam
  14. dlm proses mempraktikkan seo ni and at the same time, belajar lagi dan lagi

    BalasPadam
  15. penangan entri SEO memang pergh!..

    BalasPadam
  16. tak pernah buat entri pasal SEO ni. tak reti. haha

    BalasPadam
  17. Pagi td sy tengok PageView blog saya dua ratus lebih tp komen dlm entri "Jaga Emosi Ketika Ramadhan" tu 1 je dan yg lihat utk entri tu je baru ada 18 prg. Ramai silent reader kot... Sy perlu banyak belajar lg nih...

    BalasPadam
  18. wow keren, boleh dikasih tahu caranya dunk..

    BalasPadam
  19. Masih nak memahamkan panduan SEO ini. Belum faham ..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement