As-Salam. Ramai yang suka kerja mudah, kerana tak mahu pening-pening kepala. Begitu juga dengan blogger blogspot. Salah satu sebab ramai yang suka berblog, buat blog dengan platform blogspot adalah disebabkan ia adalah mudah. Mudah memandangkan banyak widget, gadget dan panduan sudah diberikan untuk membina blog blogspot. Mudah sebab anda hanya perlu tahu pengetahuan yang minima untuk hasilkan sebuah blog.

Benar. Menerusi blogspot, anda boleh ada sebuah blog dalam masa kurang daripada 10 minit. Ini masa minima. Kalau nak nampak blog lebih menarik daripada kebiasaan, masa minima mungkin jangkau sampai 60 minit. Masih lagi dalam kategori cepat dan pantas untuk bina sebuah blog.

Cekap Diri Ubat Template Menerusi HTML

Namun, untuk buat blog dalam platform blogspot yang benar-benar menarik, terbaik dan awesome; anda perlu lebih daripada setakat pengetahuan minima. Anda perlu tahu untuk cekap diri ubah template menerusi HTML. Dengan kelebihan mengetahui ilmu berkaitan HTML, in Sya Allah, blog anda akan lebih menarik dan anda pula akan menjadi seorang blogger yang lebih baik dari biasa.

Cekap diri ubah template menerusi HTML boleh anda lakukan sekiranya anda berani untuk godek-godek kod HTML blog anda. Untuk itu, HH sarankan anda punyai satu lagi blog untuk anda mahirkan diri dengan HTML. Blog tersebut boleh anda gunakan untuk aplikasikan pengetahuan dan teknik blog yang melibatkan anda untuk buat ubahsuaian atau penambahan pada kod HTML blog anda.

Bina Blog Khas Belajar HTML

Dengan blog yang dibuat khas untuk uji kod HTML ini, maka dengan sendirinya anda tidak mengancam kod HTML blog utama anda. Maka, kalau ada silap dan salah mana-mana, tidaklah anda terlalu pening nak betulkan balik.

HH sendiri ada beberapa blog khas bertujuan untuk support blog utama. Penting supaya dan seandainya kita terlupa nak buat backup, anda boleh rujuk blog ujian anda.

Anda dapat belajar HTML dengan cara selamat dan in Sya Allah berkesan bagi meningkatkan kefahaman anda, lalu menghasilkan sebuah blog yang benar terbaik samada dari segi SEO (Search Engine Optimization), trafik blog mahupun cara untuk pikat pengunjung jadi pembaca.

Cubalah untuk tingkatkan pengetahuan HTML anda. Mana tahu, satu hari nanti anda akan jadi blogger yang hebat dengan pengalaman anda untuk ubah template blog menerusi HTML.

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Pengetahuan tentang HTML memang perlu bagi setiap blogger.. Dapat mahir dengan asas HTML pun rasanya dah cukup.. Bila dah mahir menggunakan HTML macam2 boleh buat utk edit template blog.. Bila dah pandai HTML, teruskan belajar tentang CSS dan skrip2 lain pulak.. Baru boleh bina blog yg mantap.. Tapi, penulisan pun kena mantap jugak ye..

    ReplyDelete
  2. betul jugak tu bro... buat extra blog utk kita buat ujikaji dulu...takut tersalah tukar...habis semuanya......

    ReplyDelete
  3. betul tu. buat blog guna blogspot mmg mudah... tp bila tukar ke wp jd pening sgt. kelainan yg agak ketara..

    ReplyDelete
  4. WP kebanyakkannya menggunakan coding php. Memang pening kalau tak biasa.

    ReplyDelete
  5. HTML + Java Script + CSS = Blogspot...mula2 dulu memang peninglah juga. Tapi kalau dah biasa. Okaylah tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Panduan Bisnes di Shopee

Advertisement


Rahsia Bisnes Tudung

CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement



Panduan Ternak Kambing