As-Salam. Baru-baru ini, blog ini tidak boleh akses apabila ditaip di address bar pada pelayar internet. Mencari punca masalah, akhirnya HH berjaya juga selesaikan menerusi panel nama domain. Kepada blogger yang guna nama domain sendiri tetapi hosting masih blogspot, dan terkena renjatan masalah ini; anda boleh cuba tips berikut yang mungkin boleh membantu.

Sebelum itu, blog nama domain dengan hosting blogspot adalah seperti blog ini - www.benashaari.com, www.lyssasecret.com, www.tiffinbiru.com; cara paling mudah nak tahu blog nama domain sendiri tapi hosting masih dengan blogger.com ialah setiap entri di dalam blog tersebut akan berakhir dengan contoh seperti ini - http://www.hasrulhassan.com/2013/02/10-blogger-terbaik-malaysia-sebenar.html atau seperti ini http://www.benashaari.com/2013/02/bila-menjelang-pru-13.html. Ada *.html di belakang setiap url entri tersebut.

Ok dah tahu? Berbeza dengan blog hosting sendiri, atau wordpress; url entri akan nampak seperti ini - http://www.nazimhassan.com/bersedekahlah-walau-hanya-sebuah-senyuman/

Blog Blogspot Nama Domain Sendiri Tak Boleh Akses

Sekarang balik ke topik utama, iaitu blogspot nama domain tak boleh akses. Apabila ia berlaku, akan nampak seperti ini di enjin carian:

Pertama sekali, periksa dengan syarikat yang daftar nama domain anda, samada anda telah perbaharui 'lesen' nama domain anda. Jika tidak, sila lakukan sebelum tamat tempoh.

Keduanya, jika akaun anda aktif tetapi masih tak dapat akses ke blog atau hadapi kesukaran nak papar blog anda, maka anda perlu ubah setting di CNAME nama domain blog anda. CNAME bagi setiap blog adalah berbeza, jadi pastikan anda masukkan nilai yang betul, jika tidak masalah ini tidak akan selesai.

Cara Dapatkan CNAME Unik Untuk Blogspot

Untuk mendapatkan nilai CNAME bagi blogspot dengan nama domain sendiri ini, anda perlu pergi ke setting dashboard blogspot anda dan pergi ke Publishing. Anda perlu klik setting instructions seperti ditunjukkan di bawah ini.


Setelah klik, anda akan dibawa ke laman bantuan Google seperti ditunjukkan di bawah. Anda akan dapat tahu CNAME untuk blog anda, ada dua perkara yang unik di situ, iaitu nama dan destinasi. Pastikan anda salin dengan betul untuk diletakkan dalam panel nama domain anda nanti.



Ubah Rekod CNAME Nama Domain

Apabila dah dapat, maka anda perlu login ke akaun nama domain anda di mana anda daftarkan dahulu. Anda perlu ubah setting CNAME nama domain anda menerusi panel pendaftar masing-masing. Seperti HH, blog Panduan Blogger ini didaftarkan oleh JomHosting.net. Ubah setting CNAME untuk nama domain anda seperti yang diminta pada panduan yang diberikan oleh pihak Google. In Sha Allah, masalah akan selesai kurang 24 jam.

Ada sedikit perubahan dengan setting CNAME terdahulu dengan yang terkini. Ia adalah unik bagi setiap blog. Kerana itulah HH tidak paparkan di atas. HH dah periksa dan tukar CNAME ini pada setting nama domain pada panel dashboard pengendali pendaftaran nama domain.

Akhirnya blog ini kembali dapat akses dengan baik. Kemungkinan perubahan ini berlaku bagi meningkatkan kecekapan blogspot menangani masalah penggodam.

Selamat mencuba dan betulkan.


7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. assalamualaikum hh...menarik info ini...;)

    BalasPadam
  2. info yang sangat berguna. tq for sharing HH..:)

    BalasPadam
  3. perkongsian yang menarik. Bro HH boleh kongsi apa akan berlaku kiranya jika daftar nama domain?
    sebagai cth jika dari arzmoha.blogspot.com ke www.arzmoha.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement