Manfaatkan Program Affiliate Jana Pendapatan Blog

Mungkin ramai yang kurang berminat untuk menceburi program affiliate bagi tujuan menjana pendapatan bagi blog. Sebenarnya, program Affliate adalah lebih lumayan jika nak dibandingkan dengan program-program jana pendapatan menerusi blog yang lain - jika kena dengan cara dan kaedahnya.

Ramai blogger yang telah berjaya membuat duit hasil berblog menerusi program affiliate ini. Contohnya, blogger Cik Tom menerusi blognya yang berperisa tomato tu. Tak dilupa blogger yang terkenal dengan kegilaan terhadap cendol serta SEO iaitu Tuan Titan. Malah blogger Amir Hassan juga melakukan program affiliate untuk blog Denaihati.com.
Buat duit online menerusi blog dengan affiliate

Blogger Lebih Kreatif Menerusi Program Affiliate

Mungkin ramai yang tak mahu menyertai program affliate ini adalah kerana program ini berkehendakkan seseorang itu mempunyai kreativiti tertentu untuk 'memperdaya' pengunjung blog untuk melihat iklan yang dipaparkan.

Lagipun, komisen menerusi affiliate ini hanya akan dibayar seandainya seseorang membeli produk serta perkhidmatan yang disediakan atau diiklankan sahaja. 

Oleh kerana faktor inilah, ramai blogger yang acuh tak acuh dengan program affiliate. Ramai yang mahu jalan senang dan mudah untuk memperoleh pendapatan menerusi blog. Dan bukan dengan cara seperti program affiliate ini.

Mungkin mereka belum lagi tonton Video Intensif Affiliate yang buka mata seluas-luas bagaimana nak jana pendapatan blog menerusi affiliate.

Program Affiliate Bayar Lebih Lumayan

Program affiliate ini lumayan kerana andaikata sesuatu produk itu dijual dengan harga RM20, selalunya komisyen yang diberikan bagi setiap jualan boleh mencecah sehingga 50 peratus harga jualan iaitu RM10. Bagaimana kalau produk itu bernilai RM100 atau RM1000? Seperti program affiliate yang disediakan oleh Exabytes, anda boleh mencapai pendapatan sehingga RM388 bagi setiap pengenalan yang dilakukan!

Program Affiliate Churp-Churp dan 8Share Malaysia

Malah, Churp Churp dan 8Share Malaysia juga ada program affiliate ini. Cuma tak ramai yang menyedarinya. Churp Churp Malaysia membayar anda RM1.00 bagi setiap pendaftaran baru yang dibuat menerusi program afilliate mereka. Manakala 8Share juga memberikan RM1 bonus bagi setiap pendaftaran menerusi program affiliate ini.

Blog bukan salah satu medium untuk anda jana pendapatan. Jika anda ada akaun YouTube, anda juga boleh memperoleh pendapatan menerusinya. Begitu juga dengan twitter, dan boleh buat duit menerusi Instagram.

Maka, jika anda seorang blogger yang mahu benar-benar buat duit online menerusi blog, pelajarilah teknik dan taktik program affiliate ini.

Post a Comment

16 Comments

  1. Saya kurang faham dengan affiliate ni HH..dari dulu dah dengar tapi xtau bagaimana caranya

    ReplyDelete
  2. Saya masih buntu mencari teknik berkesan untuk affliates.

    ReplyDelete
  3. remy tak berapa faham pasal benda nie.......sungguh buta It..dan juga informasi....

    ReplyDelete
  4. entry yang menarik bro! tidak di nafikan ramai yang sudah menjana pendapatan melalui program affiliate ni malah bayarann juga lebih lumayan. Yang nak convert pelanggan tu yang payah sikit..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. dah cashout RM250 dari says.com :)

    ReplyDelete
  6. Fahmi mohd razari7 February 2013 at 07:26

    nice info

    ReplyDelete
  7. nasih tak faham bagaimana nak mulakan...
    buta informasi & lemah dalam IT... kuk kik kuk kik

    ReplyDelete
  8. Kena rajin la...Tu je kalau nak blogging ni.. :)

    ReplyDelete
  9. jika kena gaya dan tekniknya memang masyuk affiliate nie

    ReplyDelete
  10. nice entry ... mmg btul dgn program affiliate menerusi blog ... boleh buat duit dgn lumayan....

    tp ... masih ramai lg x memahaminya... dan paling yg x tahan tue... ade ke patut suruh kita wat blog utk dia ... pastu mintak tlg promote sekali ... x patut betul...

    ReplyDelete
  11. hehe... ni memang bagus... baru nak bergiat dgn ashadee... setelah dah lumayan dgn 8share, churpchurp dan nuffnang... terima kasih atas ilmu bro... saangat banyak membantu ;)

    ReplyDelete
  12. belum ada masuk lagi dengan program affiliate ini..

    ReplyDelete
  13. banyak ilmu yang kena ada untuk join affiliate nih.

    ReplyDelete
  14. kena kreatif kalau nak promote produk affiliate ni...cara yg paling senang nak promote guna je autoresponder...

    ReplyDelete
  15. Belajar dan praktik. Kemudian tengok hasil tidak menjadi. :)

    ReplyDelete
  16. kerenn coy artikelnya semoga bermanfaat bagi kita amin

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.