Letak Gambar Hot Instagram Dalam Blog

As-Salam. Instagram, sebuah lagi laman sosial yang menjadikan gambar dan foto sebagai satu medium untuk interaksi. Berbeza dengan Twitter yang lebih kepada teks - walaupun dibolehkan meletakkan gambar, foto yang dimuatnaik ke Instagram lebih cantik dengan beberapa olahan segera menerusi beberapa aplikasi percuma tertentu.

Seandainya anda seorang blogger yang banyak menulis dan memaparkan kisah percutian, atau mungkin membuat entri berkisar makanan, Instagram mungkin dapat membantu anda menjana trafik ke blog mahupun sebaliknya.

Blogger Lebih Kreatif Menerusi Instagram

Bagi HH, seorang blogger yang bercerita menggunakan gambar adalah seorang blogger yang kreatif dan mereka ini mempunyai kemampuan yang tidak terbatas untuk menjenamakan blog mereka. Gunakan kesempatan melalui Instagram ini bagi menarik minat orang lain membaca blog anda dengan penceritaan dan olahan cerita menarik bersandarkan gambar yang telah anda ambil.

Untuk itu, anda perlu satu kolaborasi antara blog dan Instagram ini, dan caranya ialah dengan meletakkan foto Instagram anda di blog anda. Seperti mana Twitter dan juga Facebook, anda boleh menambah atau memperluaskan rangkaian penjenamaan blog anda melaluinya.

Tambah Follower Instagram Menerusi Blog

Salin kod ini dan letakkan di bahagian sidebar blog anda sebagai html/javascript.

<a style=" font: normal normal normal 11px/18px 'Helvetica Neue',Arial,sans-serif; position: relative; background-color: #F8F8F8; background-image: -webkit-gradient(linear,left top,left bottom,from(#fff),to(#dedede)); background-image: -moz-linear-gradient(top,#fff,#dedede); background-image: -o-linear-gradient(top,#fff,#dedede); background-image: -ms-linear-gradient(top,#fff,#dedede); background-image: linear-gradient(top,#fff,#dedede); border: #CCC solid 1px; -moz-border-radius: 3px; -webkit-border-radius: 3px; border-radius: 3px; color: #333; -webkit-user-select: none; -moz-user-select: none; -o-user-select: none; user-select: none; cursor: pointer; height: 18px; max-width: 98%; overflow: hidden; border-image: initial;color: #333; cursor: pointer; font-weight: bold; text-decoration: none; text-shadow: 0 1px 0 rgba(255, 255, 255, .5); padding:4px; top:3px; " href="http://web.stagram.com/n/ID INSTAGRAM" target="_blank" title="@ID INSTAGRAM Webstagram| Instagram Web Viewer"><span style=" position: absolute; top: 50%; left: 4px; margin-top: -7px; width: 16px; height: 16px; background: transparent url(http://widget.stagram.com/img/webstagram_followicon.png) 0 0 no-repeat; background-image: url(http://widget.stagram.com/img/webstagram_followicon.png); background-repeat-x: no-repeat; background-repeat-y: no-repeat; background-attachment: initial; background-position-x: 0px; background-position-y: 0px; background-origin: initial; background-clip: initial; background-color: transparent; "></span><span class="label" style="padding: 0 3px 0 19px;"><span">Follow</span"></span> <span>@ID INSTAGRAM</span></a>

 

Papar Foto Instagram Dalam Blog

Andai anda mahukan gambar-gambar hot Instagram anda dipaparkan di blog anda di bahagian sidebar, anda salin kod html di bawah dan letakkan menerusi kod html/javascript.
<iframe src="http://widget.stagram.com/in/ID INSTAGRAM/?s=100&w=2&h=3&b=1&p=5" allowtransparency="true" frameborder="0" scrolling="no" style="border:none;overflow:hidden;width:230px; height: 345px" ></iframe> <!-- Webstagram - web.stagram.com -->

Gambar tersebut akan dipaparkan seperti blog di bawah ini:

Tatacara letak gambar dan foto Instagram dalam blog

Ini satu peluang bagi blogger blogspot kerana blog-blog wordpress tak boleh menggunakan aplikasi ini di blog mereka. Untuk lebih info tentang webstagram ini dan apa yang boleh dilakukan untuk blog, anda boleh baca di sini: Tools Webstagram for Blog

Selamat mencuba.

p.s: Anda perlu telefon pintar untuk aktif di Instagram. Muat turun aplikasi Instagram di telefon pintar anda percuma. Kalau tak ada telefon pintar, maka dapatkan satu menerusi rebat RM200 Telefon Pintar!
 

Post a Comment

19 Comments

  1. nice tip...nak kena bukak akaun instagram nie.....

    ReplyDelete
  2. dkna cuba kat blog.. tak sure dah jadi ke belum intagrams nie :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum hh...mama dah cuba buat nape x ada gambar yg keluar...:)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum hh...lama dok buat akhirnya berjaya juga mekacih...;)

    ReplyDelete
  5. saya suka ni! yesss thankyou! :D http://hanidamoss.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Sama-sama . nak guna kat blog ke?

    ReplyDelete
  7. Hmm kalau nak jadi blogger yang cerita pasal percutian dan makan2 memang digalakkan.

    ReplyDelete
  8. Hehehehe... :) cuba dan terus cuba ... HH dah cuba dan berjaya.

    ReplyDelete
  9. Ada instagram ke @dknaabza:disqus ?

    ReplyDelete
  10. kenapa x keluar gambar pun..ajariinnnnn ^^

    ReplyDelete
  11. salam.

    Kalau wordpress bagaimana nak letak instagram di sidebar. ada tutorial?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti, tapi rasanya boleh sahaja ditambah dalam HTML di sidebar kalau tak silap.

      Delete
  12. Apa sahaja yang boleh appear kat HTML (mostly apa yang blogspot pakai) boleh appear kat WordPress tuan. Sebab render akhir WordPress atau apa jua CMS tetap HTML.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semasa entri ini ditulis, saya nak masukkan benda sama (webstagram) ini dalam blog WP .. tapi tak boleh. :)

      Terima kasih atas pencerahan ini. Nampaknya dah boleh. :)

      Delete
  13. Wordpress pun boleh. Malah ada yang tinggal install plugin dan masukkan username instagram sahaja.

    To be honest, sepanjang saya dok buat blog pakai blogspot dan wordpress, tak ada lagi kod HTML/CSS yang jalan di blogspot tapi tak boleh masuk di wordpress :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mungkin betul. In Sha Allah, ramai akan guna WP nanti.

      Delete
  14. ada akaun, tapi kedekut tak nak public kan, ahaha. feeling2 eksklusif kunun. :)

    ReplyDelete
  15. time kasih yer atas perkongsian tersebut...

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.