Cara Letak Iklan Bawah Tajuk Entri

As-Salam. Antara penempatan iklan berkesan adalah ianya harus berada di bahagian atau struktur atas blog anda. Ia mesti menjadi antara perkara pertama dilihat oleh pengunjung blog anda. Untuk entri ini, HH kongsikan cara anda boleh meletakkan sebarang iklan termasuklah Adsense, Affiliate mahupun dari platform pengiklanan seperti Advertlets dan juga Nuffnang di bahagian atas entri blog, atau dengan kata lain di bawah tajuk entri blog anda.

Cara Letak Iklan Bawah Tajuk Entri

Tak sukar mana, cuma perlu berhati-hati sahaja. Pertama sekali, anda perlu dapatkan kod html pengiklanan anda, tak kiralah Nuffnang ke, Adsense ke, Innity ke ..... malah untuk iklan Affiliate anda sekalipun.

Dah ada kod html iklan anda, maka anda perlu pergi ke bahagian Dashboard dan edit html blog anda. Harus diingatkan anda perlu terlebih dahulu backup kod html anda sedia ada agar nanti boleh dilakukan penyelamatan seandainya perletakkan kod html untuk iklan tidak menjadi.

Kemudian, cari kod ini di dalam blog anda - <data:post.body/>. Jika terdapat lebih daripada satu, maka cari kod yang ketiga atau keempat (mungkin kedua). Apabila dah jumpa, letakkan kod iklan anda seperti berikut:

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div style='float:right;padding:8px;'>
KOD HTML IKLAN ANDA
</div></b:if>

Menerusi kod di atas, iklan anda akan berada di dalam entri di bahagian atas sebelah kanan. Ia tidak akan bertindan dengan isi kandungan entri blog anda. Anda boleh ubah kedudukannya dengan menukar right kepada left atau center. Terpulang kepada anda.

Ia akan nampak seperti berikut di dalam entri blog anda:

Letak Iklan Bawah Tajuk Entri

Mudah je kan? Selamat mencuba.

Post a Comment

19 Comments

  1. Terima kasih .. membantu ^^

    ReplyDelete
  2. Hmmm akan datang nanti ... nak buat automatik sapa singgah akan terus jamu teh tarik kurang manis dengan roti canai banjir .. huhuhuu.. cuma teknologi lom boleh diperlakukan begitu je .. memang hasrat sapa jenguk blog ni akan dapat sesuatu.

    ReplyDelete
  3. Sama-sama ... praktikkanlah .. beberapa bulan HH praktikkan ... Nuffnang macam murah hati je bagi duit ..hehehehe

    ReplyDelete
  4. bab HTML mmg fail laaaaa... xshukerrrrr

    ReplyDelete
  5. Dah cuba tapi tak tahu letak kat mana.. Ada error....

    ReplyDelete
  6. berapa lama HH hasilkan blog camni??? buat HTML sendiri ke atau tutorial??

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum hh...best la mcm nak cuba jer...;)

    ReplyDelete
  8. menarik.thanks

    ReplyDelete
  9. syok ar datang blog HH ni... sedap je mata memandang.. tahniah la, blog HH ni memang menarik....

    ReplyDelete
  10. buat macam tu tak keluar pun iklan.kenapa yerr ?

    ReplyDelete
  11. Terima kasih.

    Sangat membantu saya.

    ReplyDelete
  12. thanks HH,dah puas cuba,last jadi juga

    ReplyDelete
  13. terima kasih buat tu tutorial ni
    nak cuba jugak kat blog

    ReplyDelete
  14. lepas jumpa kod iklan data:post.body
    paste kod seterusnya kat BAWAH ATAU ATAS kod tersebut?
    sbb sy buat paste bwh kod tu, tapi iklan sy di BAWAH ENTRI bukan bwh tajuk entri

    ReplyDelete
  15. oh dah jumpa, paste kat atas kod tu. terima kasih tutorial ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,.... menjadi jugak ehhh .. :P

      Delete
  16. Terima kasih.. alhamdulillah menjadi..

    ReplyDelete
  17. terima kasih dgn infonya..mesti cuba

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.