As-Salam. Ada rakan blogger macam mengeluh apabila diminta belajar mengenai SEO (Search Engine Optimization). Yelah, ianya bukan perkara mudah dalam dunia blog. SEO untuk SERP bagi kata kunci tertentu jika tidak pandai mempraktikkan ilmu SEO tentu akan tenggelam. Tapi kini, dah makin banyak blog-blog baru yang muncul yang telah dilengkapi dengan senjata SEO ini.

Baru Tidak Bererti Tidak Cekap SEO


Baru, tak bererti blog itu tidak cekap SEO. Blogger yang baru sahaja buat blog tak semestinya mereka ini tidak bijak dalam mempraktikan amalan SEO dalam setiap penulisan entri mereka. Malah, kebanyakkan blog-blog yang berjaya menang kontest SEO pun dah banyak dari blog-blog baru. HH cukup kagum dengan blogger-blogger ini.

Sebenarnya, untuk permulaan cukup anda belajar mengenai asas sahaja, tak perlu dan detail mengenainya. Ilmu anda akan berkembang dari semasa ke semasa apabila telah mencuba. Apabila anda cuba dan tengok hasilnya, anda tentu mahu mengetahui kesilapan. Bila mencari jawapan untuk kesilapan anda itu, anda akan belajar lebih banyak mengenai SEO.

Bermula perlahan-lahan, tak perlu nak kejar sangat. Jika belajar gopoh gapah ni, kadangkala ilmu yang dapat hanya 80 peratus je. Biar lambat tapi faham. Biar perlahan macam kura-kura tapi dapat sampai ke hujung garisan.

Belajar SEO ini adalah satu kemahiran berblog untuk mendapatkan trafik berterusan, terutama apabila blog kita semakin jarang update. Penangan SEO ini hebat .... dan mungkin tak sangka satu hari ia membawa trafik ribuan sehari, walaupun entri itu telah ditulis dua tiga bulan yang sudah.


10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. seriusly dah dapat banyak tunjuk ajar dari blog saudara.. syukran jazilan.

    my recent post- tengok live updated n keadaaan taufan . Allah...Allah selamatkanlah kami.Amiin.


    http://ohgadisitu.blogspot.com/2013/01/taufan-sonamutengok-live-update-dan.html

    ReplyDelete
  2. Blog dah 2 tahun baru hebat sikit dalam SEO nie. sikit laa.. kalau x update, ada la jugak org masuk. tu yg best huhu =p

    ReplyDelete
  3. skrg da trend pelbagai contest SEO...klu JOIN,konfirm ilmu tu makin bertambah...SEO is all about experimental...kita kena sentiasa bereksperimen dgn pelbagai kata kunci.

    do support eca dengan G+ pada entry ini : http://www.ecadwinkyasha.com/2013/01/cabaran-seo-blog-3-dalam-1-happy-new.html


    thanks~

    ReplyDelete
  4. blog yg terapkan SEO (penggunaan kata kunci khususnya) memang tak perlu nak update....ada je yg masuk..eca percaya tu...adalah dua-tiga entry yang main keywords,,,so far,tak update entry,traffik masih atas 200UV (bagi hujung minggu)

    ReplyDelete
  5. sejak baca blog ini, jadi makin tertarik nak belajar seo..dulu tahu tapi buat-buat tak tahu je.

    ReplyDelete
  6. yey!!1 lg tips utk berblogging..nih yg lg smngat mau berbelog..hehe :)

    ReplyDelete
  7. kena sabar dalam dunia blog....SEO juga main peranan penting....

    ReplyDelete
  8. apabila tukar domain, seo blog jatuh mendadak.. entri-entri yang dapat tempat pertama atau kedua page carian juga jatuh entah ke mana.

    ReplyDelete
  9. nak majukan lagi diri ni dlm penguasaan SEO ni.. insya Allah :)

    ReplyDelete
  10. dkna masih baru dalam blog dan masih perlu banyak belajar dari HH :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement