As-Salam. Siang-siang Pandang-pandang, Malam-malam Dengar-dengar. Awas dengan apa yang anda komen di entri blogger lain. Jangan tersilap atau tersasul kata. Jika berlaku tanpa sengaja, cepat-cepat anda buangkan atau padamkan komen anda, atau anda boleh dengan cara lain memohon maaf atas komen yang anda tinggalkan.

Istilah Terlajak Perahu Boleh Diundur mungkin tidak relevan, kerana komen anda boleh dipadamkan samada oleh anda mahupun tuan punya blog. Tetapi, kesan tetap ada ... terutama bagi pemilik blog atau penulis entri berkenaan. Pasti akan terusik hati dan jiwa, andai komen anda menyentuh sedikit ruang sensitif di dalam hati si penulis.

Terlajar Perahu

Komen Dengan Cara Yang Betul

Komen boleh anda tulis, jejak boleh anda tinggalkan ... tetapi fikir-fikir dahulu apa yang anda perlu komen. Andai tak relevan atau mungkin agak berat untuk diperkatakan, lebih baik diam ...bukan apa, nanti timbul sengketa. Mahu komen, maka komenlah dengan cara yang betul.

Bukan musuh yang dicari, tetapi sahabat dan rakan blogger yang boleh bantu untuk sama-sama menaik-taraf blog. Blog perlu dibaca, bukan diimbas sekali lalu. Agak malang bagi mereka yang kononnya menjadi pembaca setia, tetapi lebih suka imbas dari baca keseluruhan entri yang dicipta. 


Silap Tafsiran Ketika Baca Entri

Silap tafsiran memang selalu berlaku. Bila silap tafsir, silap faham, maka akan ada komen-komen yang agak kasar dan berat. Mungkin tidak pada si pemilik blog, tetapi bagaimana dengan orang lain yang turut membaca entri tersebut?

Kita orang Malaysia yang terkenal budi bahasa. Maka berbudi bahasalah ketika meninggalkan komen.... errr mungkin wajah yang terpapar di identiti anda adalah wajah Brad Pitt atau Angelina Jolie, tetapi jangan sangka orang lain tidak boleh menjejaki anda. Anda boleh berselindung di sebalik kata kesat, kata cemuh, kata sindiran dengan wajah konon-konon artis anda ... dan dengan eksennya tulis ikut sedap.

Kah kah kah .. anda boleh gelak berguling-guling... jangan sampai guling jatuh masuk gaung. Nak minta tolong ... tak ada siapa yang sudi .... bila tiba saat ini, apa yang anda perlu sesalkan sudahpun terlambat.

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Salam bro.
    Kekadang pernah jugak berlaku macam tu, maklumlah tafsiran dan pengamatan tidak sama. Lebih-lebih lagi bila berlaku pandangan dari sudut yang berbeza-beza. Yang jelasnya, kalau ada yang terusik, itu bukan disengajakan. Minta maaf awal2.

    BalasPadam
  2. As-salam..mmg betul bro apa yg lu ckp..kdg2 ada sesetengah reader ni dia x go thru sgt apa yg kita tulis tu..baca skdr scan seimbas lalu ja, sedar2 lg dah hentam kita kaw2 punya...kdg2 menyirap jg darah dgn perangai org cenggini...ckp main lepas je.pastu wlupn dah tau salah,x reti nk minta maaf..hmmm...

    BalasPadam
  3. betul2..kdg2 tue nk komen pun macam xpuas hati je, bek xpyh komen.

    BalasPadam
  4. betul.. kena baca n faham apa yg nak disampaikan.. kalau ada salah kena tegur cara berhemah

    BalasPadam
  5. betul2 kena fahamkan dengan baik...jangan tinggalkan komen secara tiba-tiba :)

    BalasPadam
  6. Ya, satu nasihat yang baik untuk mereka yang suka dan gemar tinggalkan komen dalam entri .. :)

    BalasPadam
  7. Ya. Saya sendiri pernah berhadapan dengan situasi sebegini, sehingga saya perlu buat sebuah entri khas mohon maaf, bukan sekali tetapi dua kali. Apapun, perkara yang dirasakan tidak betul atau tersilap, perlu cepat diperbetulkan agar kredibiliti tidak terjejas.

    BalasPadam
  8. Ya, itulah sepatutnya dillakukan, terima kasih @ismailrich:disqus

    BalasPadam
  9. Betul tu @306c0655bf9f57e4a10a04cdd235e3e5:disqus ... silap2 ada sakit jantung ... leh koma lak ..hehehehe

    BalasPadam
  10. betul tu bro.....
    nak komen kekadang kena jada sensitiviti juga.... takut ada yg tersalah tafsir...lain jadinya nanti.....

    BalasPadam
  11. assalamualaikumhh...yer betul tu kenalah berhati2 semasa mengomen di blog kekawan alam maya ini supaya tidak mudah terasa hati atau menyakiti hati...:)

    BalasPadam
  12. Betul tu. Walaupun kita kenal dengan blogger tu sekali pun, komen yg diberi tetap kena berhemah apatah lagi dengan blogger yg kita baru kenal kan. Bahasa menunjukkan peribadi kita sebenarnya

    BalasPadam

Catat Komen

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Terbaru Lebih lama
Lubuk Bundle Gred AA

Dropship USD