As-Salam. Blogger Malaysia memang pelik. Kenapa? Mari kita singkap akan beberapa kepelikan ini, dan ianya hanya terdapat pada blogger Malaysia sahaja! Atau adakah ini merupakan satu pendapat rambang yang saya cuba utarakan. Fikir dan anda buat kesimpulan.

20 Perkara Pelik Blogger Malaysia

  1. Mahu trafik tinggi, tetapi tidak berusaha untuk menjadikan blog mampu menjana trafik.
  2. Ingin blog mesra SEO, tetapi blog tidak guna template mesra SEO.
  3. Mahu blog dikenali ramai, tetapi tidak mempromosikannya.
  4. Blog menjana pendapatan lumayan, tetapi tiada produk yang dipasarkan.
  5. Ingin blog mempunyai ramai follower dan pengikut, tetapi dia sendiri tidak follow atau ikut blog orang lain.
  6. Mahu blog kelihatan menarik, tetapi tidak ambil peduli pandangan blogger lain.
  7. Ingin tingkatkan ranking blog dalam Alexa, tetapi tak faham apa itu Alexa Ranking.
  8. Blog mahu berada dalam kedudukan Google Pagerank tertinggi, tetapi tidak berusaha untuk bina backlinks berkualiti.
  9. Ingin jadi blogger popular, tetapi blog tidak dipopularkan.
  10. Mahu mendapat iklan Advertorial di blog, tetapi tidak pernah sokong atau join event yang dibuat oleh penganjur produk.
  11. Ingin jadi seperti Redmummy atau Ben Ashaari, tetapi tidak pernah mahu dengar nasihat dari mereka.
  12. Mahu berinteraksi dengan pembaca, tetapi ruang komen tidak mesra. Jika ada, tidak pernah membalas komen mereka.
  13. Komen mahu banyak di setiap entri, tetapi tidak pernah tinggalkan komen berkualiti di entri blog orang lain.
  14. Mahu blog kelihatan seperti blog profesional, tetapi tiada nilai profesional dalam menulis blog.
  15. Ingin blog yang cantik dan menarik, tetapi tidak mahu belajar untuk menghasilkannya sendiri.
  16. Mahu benda percuma tetapi tidak pernah berikan kepada orang lain secara percuma - contoh: Trafik dan Promosi.
  17. Tidak suka blog kena copy-paste, tetapi ada entri yang anda buat adalah entri copy-paste.
  18. Mahu dihormati dalam dunia blog, tetapi tidak tahu menghormati blogger lain.
  19. Ingin menjadi blogger Malaysia yang hebat, tetapi tiada ciri Malaysia pun dalam blog!
  20. Ingin menjadi blogger yang berjaya, tetapi tidak sudi untuk menjadikan blogger lain berjaya!

Mungkin ada banyak lagi yang tidak difikirkan. Anda boleh tambah dan buat entri sendiri. Malah, saya sukacita untuk anda salin dan tampal dalam blog anda.

Ini merupakan entri untuk mengingati diri sendiri, yang juga boleh digunakan untuk anda melihat kembali diri sebagai blogger Malaysia. Tak usah malu dan segan untuk akui, kerana kita manusia yang sering melakukan salah dan silap.

Perkara terbaik untuk membelek kesilapan adalah dengan menyatakannya.

Kredit: Dak Teropong

72 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. nice info... boleh digunakan utk memperbaiki diri dari semasa ke semasa...

    ReplyDelete
  2. Betul bro, kebanyakkan dari mereka mengharap sesuatu, namun tidak pernah melakukan atau berusaha ke arahnya..

    ReplyDelete
  3. info yang menarik untuk blogger lama mahupun baru =)

    ReplyDelete
  4. biasalah tu.... kena sentiasa perbaiki diri sendiri dan dengar nasihat orang lain...

    ReplyDelete
  5. info yang menarik...

    ReplyDelete
  6. mohon copy :)

    ReplyDelete
  7. mohon copy :) for sharing

    ReplyDelete
  8. bila pikir2 balik mmg ade yg cenggini.. silap2 kat diri sendiri pon tak perasan.. heh

    ReplyDelete
  9. betul apa yang HH fikirkan. APa yang kita nak, kita kena lakukan. Tanpa usaha mana nak dapat hasilnya :)

    ReplyDelete
  10. mari kita sama sama renung renungkan :)

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum hh...sama2lah kita lakukan dan ianya akan dpt hasil yg baik juga...:)

    ReplyDelete
  12. bagus info ini...sy suka...=)

    ReplyDelete
  13. No. 2 & 7 mengaku... mmg tak faham2 lagi smpi skrg. huhu... masih meninjau2 blog blogger lain terutamanya blog HH utk mendalami ilmu blog. Yg lain2 tu, sdg berusaha. Trm kasih ats info menarik ini.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih .... sebenarnya idea ini datang dari anda juga yang sering datang dan komen di blog ini.

    ReplyDelete
  15. Saya pun macam anda juga pada awalnya, apa yang dikongsikan di atas adalah perkara-perkara yang pernah berlaku dan dilakukan oleh saya. :)

    ReplyDelete
  16. Terima kasih ... dipersilakan untuk LIKE dan SHare...

    ReplyDelete
  17. Hmm ... :) ia bukan mudah seperti disangka ramai ...

    ReplyDelete
  18. Ya betul tu @facebook-595829768:disqus

    ReplyDelete
  19. Hahahaha... benda ni berlaku pada sayalah kerana itu dijadikan entri buat semua ... :)

    ReplyDelete
  20. Silakan @306c0655bf9f57e4a10a04cdd235e3e5:disqus ....

    ReplyDelete
  21. Silakan @google-bf3675b1df8e008e86af073eef2ca30f:disqus

    ReplyDelete
  22. Hmm .. nasihat dari @mialiana:disqus pun banyak dipraktikkan ...:)

    ReplyDelete
  23. Ya ... memang kita manusia ada sifat yang suka mengharap ... ingin sesuatu dengan cara mudah dan cepat.

    ReplyDelete
  24. Nombor 3 tu memang ramai yang buat la ni.

    No 4 tu pada saya seelok2nya mantapkan dulu blog barulah fikir untuk pasang iklan dalam blog. (i mean, belajar macam mana nak menarik visitor ke blog dulu). Tapi ramai blogger baru masa kini suka sangat pasang iklan lepas terbinanya blog. sedangkan tiada lagi pembaca di blog mereka. To me for what they do like that? it useless. dulu saya pun buat perkara yang sama. tapi dengan blog sekarang, saya cuba bina branding and mantapkan penulisan dan try tu increase bilangan pembaca ke blog saya terlebih dahulu. dah yakin yang blog tu mampu menjana pendapatan barulah akan dipertimbangkan pasal memasang iklan. sebab saya banyak kali jumpa blog yang baru dibina dah pasang iklan suruh orang beriklan di blog mereka dan mereka mengenakan caj. walhal blog masih baru dan tiada profit yang akan diperoleh jika kita beriklan di blog mereka.

    No. 5 memang tak dinafikan dulu saya pun buat begitu sewaktu dengan blog saya yang pertama. Tapi dengan blog yang terbaru ni saya dah tak buat begitu. Saya lebih memilih untuk mengfollow sesuatu blog. Hanya blog yang benar2 saya mahu baca dan ingin mengikuti perkembangannya sahaja yang akan saya bookmark/follow using GFC. Sebenarnya tiada kebaikan pun kita follow sesuatu blog secara membuta tuli. Kerana ada negatif effect yang adakalanya kita tak sedar. Biasanya jika penulisan dan design blog kita mantap. secara automatik orang akan follow dan bookmark plus akan ada pembaca setia yang tersendiri. Konsep U follow me, i follow u back ni sebenarnya adalah pemusnah kepada kredibiliti seseorang blogger sebenarnya. Ianya bukan nak menunjuk yang kita ni sokong diantara satu sama lain. Kalau tak percaya, cuba lihat bagaimana blogger antarabangsa menaikkan rating blog mereka dan bagaimana mereka menstabilkan blog mereka dimata pembaca dan pelawat blog mereka. serius jauh bezanya.



    Point no 6 pula. memang terdapat segelintir blogger yang ingin blog mereka kelihatan menarik tapi tidak menampakkan kualiti blog tersebut. Tak salah nak menjadikan design blog lebih menarik. Tapi harus pentingkan KUALITI dan bukannya KUANTITI. Saya lihat ramai blogger memperlekehkan design blog mereka. Tapi mereka abaikan kualiti design tersebut. Ianya dapat dilihat bila mana design yang mereka terapkan terdapat kecacatan, tetapi tiada tindakan untuk memperbaiki kecacatan tersebut. mereka pandang remeh akan kecacatan tersebut. sedang kecacatan itu akan mempengaruhi pandangan pembaca dan pelawat tentang blog mereka.


    Point no 11. Serius saya katakan. Saya tak pernah terfikir pun nak jadi seperti Redmummy or Ben Ashaari. Saya lebih selesa jadi diri sendiri dan bina identiti sendiri. Tak perlu nak jadi seperti blogger lain as long kita tahu apa yang kita inginkan.


    Point 14 saya amat bersetuju sekali. Tapi keprofesionalan sesuatu blog tidak hanya terletak pada penulisan. Tetapi ianya termasuklah design blog juga.


    15, 16, 17, 18, 19, 20 teramatlah betul dan saya bersetuju.


    sorry terlebih panjang pula. al maklumlah ada idea untuk menulis komen. Jangan marah ya Bro HH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjangnya M&R tapi mantap..semuanya belajar dari pengalaman kan..

      Delete
  25. Yeah...ade betulnye kan..

    ReplyDelete
  26. Terima kasih for the info.. sangat2 menarik dan banyak membantu bg new comer seperti saya. All the best

    ReplyDelete
  27. Best222 MEmang best. semua paham dan ada tersentap jugak hihi. Boleh saya tahu apa jenis ruang komen yang mesra komen. Yang boleh terus reply komen. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna yang sudah tersedia oleh Google dah cukup baik. Cuma kalu mahu engagement, boleh guna komen Google+

      Delete
  28. Info yang kadang-kadang blogger2 sendiri tidak pernah terfikir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sbb itulah entri ini saya tulis .... dan diterbitkan sekali lagi.

      Delete
  29. take note bro..
    rasanyer ada ler skit2 ciri tu pada saya..
    heheh.
    amik nasihat disini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... baik sedar dari tak sedar kan? Saya sbb sedar tu yang tulis tu.

      Delete
  30. thanks for the info... masih banyak yang perlu diperbaiki :)

    ReplyDelete
  31. info yg berguna bagi blogger yang baru dalam blogging ni..thanks HH...

    ReplyDelete
  32. info yang bagus. terima kasih diatas perkongsian.
    saya akan memperbaiki kelemahan diri saya dari masa ke semasa.

    kesimpulannya>> "what you give, you will get back"

    ReplyDelete
  33. entri terbaek..bro gua nk salin dan tampal kat blog gua pulak.. boley?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaek? Hmm saya tulis apa yang saya tahu je ... apapun sila-silakan tampal di blog relevan sokmo tu ...tak ada hal punya.

      Delete
  34. nice info. kadang kita tak pernah tahu pown. :)

    ReplyDelete
  35. terima kasih bro
    mmg akui entri ini benar dari blog momoy sendiri =)
    errr... gambar tu apa kaitan dengan entri yer. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar tu sekadar seri untuk entri je ... tu dak teropong nyer hasil photo .. cantikkan?

      Delete
  36. gambar sapa tu? tp sbg newbie mmg saya akui la perkara ni...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar hasil bidikan orang photografi le .. :P

      Delete
  37. mmg btol2 pelik tu...heheh

    www.jmr23.com

    ReplyDelete
  38. yang penting semua nya bermula dengan diri sendiri... :)

    ReplyDelete
  39. Kalau tak usaha.. mmg tak kan berjaya.

    Kesimpulannnya, kena byk usaha utk berjya.

    ReplyDelete
  40. masih memperbaiki blog sendiri.. thanks utk peringatan ni..^___^

    ReplyDelete
  41. Thanks HH for the reminder...walaupun banyak yang makan hati, tapi itulah realitikan..kalau nak berjaya kena terima dan perbaiki apa yang sepatutnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang makan hati sebab entri ini ke? Harapnya janganlah, HH tak bermaksud begitu.

      Delete
  42. thanks for the reminder..macam saya sendiri, saya tahu apa tujuan saya blogging. bukan untuk populariti tapi sekadari menjadikan sebagai hobi

    ReplyDelete
  43. ahhhhhhhh dengar nasihat pakar nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Aku Penghibur makin dikenali sekarang ...

      Delete
  44. Ini bukan perkara pelik seorang blogger tapi itulah realitinya...
    Tiada kejayaan yg datang bergolek! Akuilah hakikat ini!

    ReplyDelete
  45. menarik dan membantu. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  46. Note taken. ughhh sedih :( Thank you Sifu Hasrul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh Zaireen .. terima kasih kerana singgah sini ..:)

      Delete
  47. terima kaseh bro :) info yg sgt bguna ^_^

    ReplyDelete
  48. terima kasih, hope lebih byk lahirnya blogger berkualiti yg ada jatidiri sendiri dlm berblog :)

    ReplyDelete
  49. sama2 lah menaikkan ant satu sama lain. bukan menjatuhkan ant satu sama lain.

    ReplyDelete
  50. Assalammualaikum...HH,

    benar2 belaka entry nie....hehehe insaallah sama3 kita ingat mengingatkan .. dan perbaiki mana yg x betul....

    mselim3

    ReplyDelete
  51. INfo yang sangat berguna. Memang pelik. Terkena kat batang hidung sendiri pun ada..hehe..

    ReplyDelete
  52. tu gambar besar perempuan tu..gambar siapa ek?

    ReplyDelete
  53. Salam. Terima kasih atas info. Tak pernah terfikir semua ni. :)

    ReplyDelete
  54. askum semua..
    saya wan ingin belajar dengan rakan2 blogger semua..apa cara supaya blog kita dihormati orang

    ReplyDelete
  55. Betul sekali bro, apalagi saya setuju dengan no 1 nya...
    maunya instan saja ha haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle