100 Peratus Blog Mesra SEO

As-Salam. Sebenarnya agak sukar untuk mendapatkan blog yang benar-benar mesra SEO (Search Engine Optimization). Walaupun anda menggunakan template yang dikatakan telah dilengkapi dengan ciri-ciri SEO tetapi hakikatnya, enjin pencari sentiasa menukar algorithma carian untuk membolehkan blog-blog yang benar berkualiti dipaparkan di laman pertama carian.

Tentu seronok bila mendapati blog anda sentiasa disinggahi dan mendapat trafik menerusi enjin carian, di kala anda sedang kebuntuan untuk menulis entri baru. SEO adalah penyelamat, pemberi trafik secara organik ketika anda tidak tahu apa yang perlu diceritakan di blog anda.

Sentiasa Analisis Blog Untuk SEO

Seperti HH, setiap hari akan cuba mengkaji, membuat rujukan, membuat analisis agar blog ini sentiasa berada di tahap terbaik dalam pendekatan SEO. HH perlu pastikan setiap tindakan, tips, tutorial, panduan yang digunapakai dan dikongsi bersama rakan blogger lain benar-benar berkesan. Bukan apa, mungkin akan ada blogger yang persoalkan setiap panduan, nasihat, teguran, cara, tips dan petua yang HH cuba berikan menerusi blog panduan blogger ini. Kena sentiasa bersedia apabila ada blogger yang bertanya.

Sebelum ini, HH pernah ceritakan bagaimana untuk periksa tahap atau skor SEO blog menerusi Chkme.com. Ia sebuah laman web perkhidmatan untuk periksa dan berikan skor SEO untuk blog anda.

Setelah beberapa ubahsuaian yang perlu disamping berkat kesabaran menggunakan kata kunci tertentu untuk penjenamaan blog ini, alhamdulillah berjaya juga capai 100 peratus skor SEO menerusi Chkme.com ini.

SEO Tools - SEO Score Chkme



100 Peratus Blog Mesra SEO



Blog ini juga telah berjaya capai 98% Search Engine Optimization Score menerusi SEO Doctor - sebuah aplikasi yang terbina dalam Firefox. Untuk info, blog ini selamat dan cantik dilayari menerusi pelayar web Mozilla Firefox.

Blog ini juga telah berjaya capai 60.9% menerusi WS Analyzer. Tak berjaya capai lebih tinggi kerana terdapat kesilapan dan kesalahan menggunakan W3C Control di dalam kod html/xhtml blog ini, yang sememangnya HH tak berapa nak reti .. hehehe... walaupun di sebalik mendapat rating 3 stars dari 5 stars yang diberikan.

Untuk info, setiap analisis menerusi beberapa aplikasi adalah berbeza. Jadi, jangan gusar andai blog anda tidak berjaya capai apa yang dikehendaki di aplikasi periksa tahap SEO di A, sedangkan di B anda berjaya capai dengan jayanya.
Copywritting template

Post a Comment

15 Comments

  1. blog eca masi byk yg perlu diperbaiki la... :(

    ReplyDelete
  2. wahhhh hebat la.. makin hebat blog ini setiap hari... tahniah ya HH...

    ReplyDelete
  3. Salam HH.. Nak tanya sikit.. boleh tak tolong design template yg menyerupai template awk? Harap awk blh tlg.. soalan byrn tu x de masalah.. boleh runding... Dari Poruman.

    ReplyDelete
  4. tahniah bro......
    remy tak pandai nak check.......CEO nie....

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum hh...wah !! tahniah2 yer mmg org akan cari blog HH ni...betul ckp remy tu mama pun kurang pandai nak check SEO ni yg biasa2 jer boleh la...malunya masih x tahukan...:)

    ReplyDelete
  6. Terbaek bro

    Dah cuba check melalui ChkMe, banyak istilah yang tak reti. Nak minta tunjuk ajar sifu

    ReplyDelete
  7. score saya masih kurang..banyak yg perlu dipertingkatkan lagi ni

    ReplyDelete
  8. Hehehehe... saya dulu pun tak reti gak ... tapi belajar sedikit demi sedikit dari mereka yang dah arif dalam dunia SEO blog

    ReplyDelete
  9. Cuba pula gunakan SEO Workers untuk kenalpasti kekurangan blog dalam SEO.

    ReplyDelete
  10. Hmm nanti saya akan buat tentang istilah SEO ..

    ReplyDelete
  11. Boleh email butiran kepada saya tak? alamat email ada disediakan tu di profil

    ReplyDelete
  12. Syaifuddin Alias30 January 2013 at 09:40

    terbaik HH

    ReplyDelete
  13. Baiklah, saya akan cuba ye HH.. Terima kasih :)

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com