As-Salam. Ketelitian dalam ikut arahan diberikan memang penting agar kita tak buat salah di kemudian hari, dan dalam situasi HH, ketelitianlah yang menjadi kekurangan. Adsense memang cerewet tetapi cerewet mereka ada asas, mereka mahu melindungi blog-blog yang punyai kandungan bermutu, dan memberikan ganjaran sepatutnya menerusi iklan berkaitan.

Adsense antara medium pengiklanan yang boleh mendatangkan sumber pendapatan menerusi blog. Andai blog anda ada trafik tinggi serta konsisten, Adsense boleh menjana pendapatan ke blog anda sehingga USD100 setiap bulan! Hanya letak iklan Google Adsense di dalam blog, ada dah boleh dapat income sama atau hampir sama dengan Buffered Earnings (BE) Nuffnang.

Adsense bayar mengikut matawang USD (Dollar Amerika), dan ia membayar berdasarkan jumlah paparan (pageviews). Semakin tinggi trafik blog anda, semakin masyukkkk la ... bonus jika ada yang klik iklan Adsense dipaparkan.

Teruja tak? Tapi bukan mudah untuk menempatkan iklan dari Google Adsense ini. Tetapi jangan risau, ramai yang pakar dalam perkara ini telah berkongsi banyak ilmu mengenainya. 



Ada rakan pembaca telah berkongsi pengalaman dan pengetahuannya mengenai Adsense ini, terutama apabila anda punyai masalah akaun atau iklan Google Adsense disekat atas sebab-sebab tertent. HH kongsikan kepada anda apa yang telah pembaca bernama Mamat ini beritahu pada HH:

5 Nasihat Google Adsense daripada Blogger Malaysia


1- pastikan jarak iklan dengan setiap entry tuh jauh.. sekurangnya 150 piksel.
2- minimumkan kod iklan seminimum mungkin setiap page. asal lebih dari 3 kod.. saya buat 3 kod .buang segala kod "text link":
3- pastikan entry JANGAN COPY PASTE BULAT BULAT dari org lain tanpa kredit dan tanpa penambahan. (saya rasa ini musuh utama adsense)..adsense inginkan maklumat tanpa plagiat. tapi kalau nak plagiat boleh.. pastikan kita tambah apa apa yg patut mcm pendapat kita ke apa dlm entry tuh.
4- baca arahan dan ikut saranan dia bagi dalam email tuh.. terutama melibatkan polisi mcm jarak kedudukan iklan. content, dsb..
5-selalu ikut tips yg dia bagi dlm akaun adsense..

Komen asal terdapat di entri berikut: Amaran Google Adsense - Iklan Dinyahaktifkan

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement