5 Cara Memilih Pembaca Blog Anda

As-Salam. Tentu ada yang fikir-fikir bagaimana nak pilih pembaca blog? Hehehehe.... siapa tahu cara dan kaedahnya? Mulanya HH pun mencari gak jalan penyelesaian untuk membolehkan seorang blogger pilih siapa yang patut baca blog kendaliannya. Pening gak ... tapi, in Sya Allah, dalam entri ini HH kongsikan bagaimana caranya.

Sebelum itu, HH nak pastikan anda faham kenapa perlu pilih pembaca. Pertama sekali, ia akan membolehkan blog kita punyai niche tersendiri. Keduanya, ia membolehkan anda menulis dengan tenang dan patut kerana anda sudah tahu siapa pembaca blog anda (secara umumnya). Ia membolehkan anda pilih cara bagaimana untuk kongsikan atau tulis entri anda. Ketiga, ia memberikan anda satu kelebihan khas untuk pengiklan yang mahu meletakkan iklan berdasarkan kategori pembaca tertentu - contohnya umur, bahasa, jenis pekerjaan dan sebagainya.



Upgrade

5 Cara Memilih Pembaca Blog

  1. Blogwalking ke blog-blog yang 'senada' dengan tema blog anda. Contohnya, anda seorang blogger remaja, selalu pergi singgah dan komen di blog remaja yang lain.
  2. Post atau kongsikan entri anda di forum yang ada kaitan. Jika blog anda tentang cinta, cari forum yang ada ruangan khas mengenai cinta. Jika blog anda mengenai kehidupan sebagai ibu bapa, cari forum dan kongsi pendapat sebagai ibu bapa di forum keibubapaan atau kekeluargaan.
  3. Post atau kongsi entri anda di blog-blog yang ada persamaan. Contoh, anda bercerita mengenai pasukan sorak sekolah, cari rakan blogger yang buat cerita yang sama, dan kongsi entri anda di blog mereka.
  4. Tagline tertentu juga boleh anda gunakan untuk blog anda. Contohnya, tagline blog ini - Panduan Menulis Blog, maka pembacanya ialah mereka yang mahu menulis blog atau mencari informasi menulis blog dengan baik.
  5. Sertai group atau kumpulan dengan minat serta citarasa yang sama. Juga yang ada kaitan dengan umur, pekerjaan serta jantina. Kongsi cerita anda di blog di kumpulan tersebut. Kumpulan ini boleh berada samada di dalam Google Profile - Goolge Pages, Yahoogroups, Forum, Facebook Page dan juga Facebook Group.

HH fikir cukup kot apa yang dikongsikan ini, pasti ada kalangan rakan blogger yang punyai pendapat yang lain. Sila dan jangan segan untuk kongsikan di ruangan komen entri ini.

Post a Comment

11 Comments

  1. fyna bookmark entri nih ^_^

    ReplyDelete
  2. usia dkna nie masih remaja ke?? huhuu.. kadang2 rasa macam entry dkna terlalu terikat sangat.. macam cerita serius je ada kat blog dkna hahahaa..


    tak pandai nak mengolah ayat kot :p

    ReplyDelete
  3. Tq for share HH... :)

    ReplyDelete
  4. Ok HH will do..kena peka sebenarnya kan!!!

    ReplyDelete
  5. sy bookmark juga entri ni. Nice sharing. tq :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum hh....info menarik ...:)

    ReplyDelete
  7. tolong kongsikan bagaimana nak buat meta tag, description untuk diletakkan sebelum penutup header boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah pernah kongsikan tips tersebut sebelum ini .

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.