As-Salam. Blog cantik, ada header daripada aplikasi flash - memang menariklah kalau blog tu punyai header yang boleh gerak-gerak, seolah hidup. Namun, kekurangan menggunakan flash header ini ialah ia tidak mesra SEO (Search Engine Optimization). Kalau boleh pun, ia tidak boleh dioptimumkan untuk tujuan SEO.

Jika anda perhatikan, kebanyakkan blog yang disenaraikan di halaman utama enjin carian Google tidak menggunakan header sebegini, malah kebanyakkannya menggunakan header yang simple, dan saiz imej yang tidak terlalu besar.

Dari segi penampilan, ia boleh memikat pengunjung untuk menjadi pembaca. Kena kerja keras sedikit untuk promosikan blog bagi mendapat kunjung sebab untuk mendapat trafik organik memang sukar sedikitlah. Kena rajin ping blog, kena rajin blogwalking, kena rajin komen blog orang lain bagi memastikan mereka akan balas singgahan kita tu.

Contoh Flash Header


 

Header flash tidak boleh letak alt text. Dan lagi seandainya anda ada letakkan sebarang teks untuk tujuan 'SEO' dalam flash tersebut, ia mustahil untuk enjin carian mencapainya.

Ramai blogger baru yang nampak teruja untuk menggunakan kepala blog dengan mengunakan header flash ini. Dari segi penampilan visual, ia tidaklah terlalu berat, malah amat digalakkan untuk anda paparkan visual menggunakan flash ini di dalam entri blog bagi menarik pembacaan. Tetapi, seperti yang HH katakan di awal tadi, ia tidak ada impak untuk SEO secara ketara.

Nak gunakan header flash tiada masalah, cuma anda kekurangan impak untuk menjadikan blog mesra SEO. Namun, jika anda bijak menggunakan kata kunci dan kandungan blog anda memang mantap, ia tidaklah perlu menjadi kesukaran sangat.

Kesimpulannya, anda boleh guna header flash ini. Tetapi untuk tujuan SEO blog anda, ia tidak digalakkan. Bina dulu rangkaian peminat anda sendiri, dapatkan pembaca setia ... barulah anda tukar ke header yang lebih menarik dan memikat. 



14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. KY tak pandai nak buat header mcm tu...header simple je..

    BalasPadam
  2. biarlah header blog biasa2 saja tapi sentiasa di page pertama carian google :)

    BalasPadam
  3. ohh. patutlah header blog ini bertukar.. ^_^

    BalasPadam
  4. Erkkk header blog ni bertukar bukan sbb flash tapi sekadar ubah rasa .. selalu gitu .. saya ni cepat boring dengan penampilan sesuatu .. tu yg tukar

    BalasPadam
  5. Perghh kata2 hebat seorang pakar SEO ni ... :) @google-c9ba87f80e63bd86049655514f7b7fdd:disqus

    BalasPadam
  6. Hmmm header guna flash ni memang susah tapi best .. hehehee...

    BalasPadam
  7. Sama-sama .. @facebook-1360958390:disqus

    BalasPadam
  8. Terima kasih kembali kerana sering sudi singgah blog ini dalam kesibukan bisnes .. :)

    BalasPadam
  9. saya bukan pakar SEO. masih belajar & terus belajar..

    BalasPadam
  10. TQ HH ... selalu bosan ngn header sdr sbb buruk ...hehehh

    BalasPadam
  11. Noted.. hari hari cari ilmu kat sini..insyaallah nak cuba belajar dengan lebih serius..

    BalasPadam
  12. bila baca mengenai SEO, dah macam baca dalam blog mohd esa pula :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement