Nazeera Sardi, mungkin tak ramai yang kenal dengan pelakon baru ini. Gadis cantik ini telah pun memenuhi ruang dalam drama Hanya Padamu dalam slot Zehra TV3. Nazeera Sardi berlakon bersama Zahiril Adzim dan Beto Kusyairy di dalam drama tersebut.

Seperti mana Zahiril dan Beto, Nazeera juga ada blog. Gadis yang muncul dalam TVC Burger King dan juga iklan Zalora ini telah berblog sejak dari 2010 lagi. Erkkk TVC Zalora? Ya, gadis yang dok menjerit tu adalah Nazeera Sardi. Dan di dalam TVC Burger King, Nazeera Sardi muncul bertudung bersama Izara Aisyah. Anda boleh lihat TVC yang saya maksudkan di akhir entri ini nanti.

Gambar Nazeera Sardi Bertudung

Drama Hanya Padamu merupakan drama ketiga yang dilakonkan oleh Nazeera Sardi. Drama ini sedikit sebanyak telah memberikan impak pada pelakon cantik ini. Anda boleh Google sinopsis drama ini yang katanya berkonsep Islamik. Sebelum ini Nazeera Sardi muncul sebagai pelakon pembantu dalam Jiwa Lara dan Tasbih Cinta Qasidah.

Blog Pelakon Nazeera Sardi

Blog Nazeera Sardi - http://miszjern.blogspot.com/
Nazeera Sardi merupakan seorang model berusia 28 tahun (2014). Nazeera adalah bekas pelajar sekolah Menengah Tunku Besar Tampin sebelum menyambung pelajaran di tingkatan enam di Sekolah Menengah King George V Seremban dan kini memiliki ijazah dalam bidang bioteknologi daripada UNISEL.

Dalam blog Nazeera Sardi, anda akan sedikit sebanyak mengenali gadis ini terutama kisah suka-dukanya dalam kehidupan. Bukan cerita artis ligat sana sini tetapi lebih kepada cerita peribadi kehidupannya. Dan pilihan saya, ada satu entri ini begitu menyentuh perasaan - Selamat Hari Bapa buat Abah.

Foto Nazeera Sardi

Gambar Adik Beradik Nazeera Sardi
Foto Seksi Mantap Nazeera Sardi

TVC Burger King Nazeera Sardi


Kredit Foto: Twitter Nazeera Sardi, Blog Nazeera Sardi, Facebook Nazeera Sardi

 

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Tips Lulus Temuduga

Advertisement


Lubuk Bundle

CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement


Rahsia Kerja di Singapura