As-Salam. Anda tentu dah tahu tentang 10 blog paling tinggi dicari dalam enjin carian Google Malaysia bagi tahun 2012. Erkkk .. tak tahu? Kalau nak tahu blog manakah paling top dicari dalam enjin carian Google, anda boleh baca entri berikut: 10 Blog Carian Tertinggi Google 2012. Dan kali ini, HH nak kongsikan apakah yang paling dicari oleh rakyat Malaysia menerusi enjin carian Google pada tahun 2012. 

Proton Preve - Most Google Search Malaysia 2012

10 Carian Paling Popular Google Malaysia 2012



  1. SAPS
  2. Gangnam Style 
  3. 9GAG 
  4. Proton Preve
  5. Zalora 
  6. Zerg Rush 
  7. Rotikaya 
  8. Adam Dan Hawa 
  9. SPLG 
  10. Bersih 3.0


Di tangga pertama adalah SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, iaitu sebuah sistem penyemakkan peperiksaan pelajar bagi sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Ia menjadi popular mungkin kerana keprihatinan kebanyakkan ibubapa yang mahu melihat pencapaian anak-anak mereka dalam peperiksaan di sekolah.

Di tangga kedua ialah Gangnam Style yang memang mencetuskan fenomena luar biasa, bukan setakat di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Ramai yang nampaknya nak tahu apa yang istimewanya Gangnam Style ini.

Manakala 9GAG pula popular kerana ramai yang mungkin mahu mencari bahan lawak ketawa untuk pengisian hari-hari suram. Blog HH pun selalu dapat trafik kerana 9GAG ini, dan pernah beberapa kali laman web 9GAG menjadi antara penyumbang trafik terbanyak di blog.

Proton Preve yang menjadi antara model kereta nasional terhangat di pasaran automotif Malaysia juga banyak dicari oleh orang ramai dalam carian Google pada tahun 2012 ini. 

Termasuk dalam senarai pencarian paling popular Google Malaysia adalah Zalora, serta Adam dan Hawa.

Satu lagi carian paling popular adalah sistem SPLG iaitu satu sistem untuk guru-guru Malaysia. Ia merupakan sistem online untuk latihan guru Malaysia.

Tapi paling menarik antara banyak-banyak kata kunci carian popular di Google Malaysia ialah Zerg Rush. Kalau anda tak tahu apa itu Zerg Rush ... anda klik pautan berikut: Zerg Rush

Ok. Dah nampak kata kunci paling popular tak nih? Jadi bolehlah anda jadi satu trending pula untuk blog anda bagi mendapatkan trafik akhir tahun!

Sumber: Zeitgeist 2012

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Info yang menarik! terima kasih

    BalasPadam
  2. huh adam hawa pun ade..heheh

    BalasPadam
  3. Sama-sama @95faadfc05008eb680390cb521fa5de9:disqus

    BalasPadam
  4. bro HH, SAPS teratas sbb 4++ ribu lebih guru seluruh Malaysia kena masuk sistem tersebut bagi update maklumat dan markah terkini.....mungkin ada ibu bapa juga masuk tapi tidak secara menyeluruh. Guru memang WAJIB terjah SAPS tuh sampai lebam mata. sekian utk pengkongsian bersama :)

    BalasPadam
  5. Ya betul ... dan kalau anda seorang blogger yang bijak ambil kesempatan, boleh dapatkan trafik mudah menerusi SAPS ni dan juga boleh naikkan ranking blog menerusi Alexa dan Google PR, sbb SAPS adalah sebuah laman web edu yang baik.

    BalasPadam
  6. pinkbubblegum princess18 Disember 2012 pada 9:29 PTG

    hahahha SAPS dan SPLG menang!! hahha.. ramai cikgu log in nak key-in markah budak2 tu hehe

    BalasPadam
  7. next year mungkin PBS akan ppopular

    BalasPadam
  8. Ya betul. Mungkin tahun depan gomen akan perkenal sistem lain lak.

    BalasPadam
  9. wah...macam ada belajar sistem seo jugak kita buat contest ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement