As-Salam. Ada yang beranggapan bahawa url blog atau laman web hanya perlu sekali sahaja dihantar ke laman enjin carian seperti Google, Yahoo Search mahupun Bing. Sebenarnya, tanggapan ini salah. Ada mesti sentiasa menghantar url blog anda ke enjin carian, paling kurang pun 2-3 minggu sekali.

Ini adalah kerana setiap 2-3 minggu ini, enjin carian akan mengemaskini kembali pengkalan data cariannya agar dapat memberikan informasi paling tepat dan berguna untuk pengguna internet mendapatkan maklumat. Setiap hari, ada sahaja blog atau laman web yang wujud di dunia maya, dan setiap hari juga ada laman web dan blog yang sudah tidak wujud atau sudah tidak boleh diakses lagi.

Untuk itu, adalah penting untuk memberitahu enjin carian bahawa blog atau laman web masih lagi beroperasi.  Ia hanya untuk memberitahu bahawa laman web anda sedia untuk digelintar bagi membolehkan enjin carian mencari informasi berdasarkan kata kunci dari blog anda.

Dan mungkin ada yang ingat, cukup sekadar ping ..... ping sebenarnya memberitahu bahawa ada update atau entri terbaru yang telah anda terbitkan. Ia adalah sekadar pelengkap kepada apa yang telah anda lakukan di awalnya tadi. 

Seandainya anda tidak menghantar link url blog anda, kemungkinan blog anda untuk disenaraikan atau berada di dalam capaian enjin carian ini agak mustahil, dan kalau ada pun, anda mungkin ketinggalan ke belakang.

Jadi, pastikan setiap 2-3 minggu, anda hantar link url blog dan laman web anda ke enjin carian. 

Anda boleh juga mencuba hantar url blog anda ke Google Blog: Google Blog Search


7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasihla banyak2... sukanya sy dgn blog HH ni... banyak panduan bermanfaat bagi blogger yg tak berapa pandai macam saya ni...huhu... tqvm sekali lagi atas semua info untuk saya manfaatkan

    BalasPadam
  2. wowwwwwwwww...nk cuba try test la nnt. byk lagi yg perlu abg long bljr dgn bro HH ni...hihihi

    BalasPadam
  3. sama-sama belajar ... ada perkara yang ingin dikongsi ...singgahlah lagi dan berikan je link .. okeh.

    BalasPadam
  4. oooo..ye ke....ok2..kena buat selalu nie..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement