As-Salam. Nak komen boleh, kerana itulah hampir semua blog ada ruangan komen. Tapi, ruangan komen itu perlulah diisikan dengan kata-kata yang boleh membina, mendidik dan paling tidak pun, merupakan komen-komen yang tidak membunuh semangat berblog.

Ada. Bukan tidak ada yang meninggalkan komen sebegitu. Mungkin, mereka bukan dari komuniti blogger Malaysia, tetapi dari pengunjung yang mencari sumber maklumat dan info.

Mereka mungkin tak tahu .... komen-komen yang bersifat negatif, yang menempelak empunya blog akan menyebabkan semangat si empunya blog jadi pudar. Mahu memberikan komen, cubalah yang membina dan bukannya menghukum empunya blog kerana berkongsi sesuatu informasi yang mungkin tidak lengkap di pandangan dan pengetahuan si pengunjung. Ya, blogger bukanlah mereka yang tinggi melangit ilmu dan pengetahuan, ada yang buat blog kerana mereka mahu mencari ilmu dan pengetahuan.

Blogger bukan cikgu, blogger bukan juga guru besar. Walaupun anda seorang cikgu, apabila berada di dunia blog Malaysia, anda akan dikenali sebagai blogger dan bukannya sebagai cikgu. Begitulah juga andai anda seorang artis, atau mungkin seorang jurutera, mahupun chef terkenal..... bila dah berada dalam dunia blog ini ... semua gelaran tu diketepikan.

Contoh Komen Yang Membunuh Semangat Berblog


Contoh komen yang membunuh; "Apa la kau tulis ni, ada baca fakta ke tak weiihhhh?" .... kan ke lebih elok dan molek, lepas komen tu berikan link kepada fakta yang boleh dirujuk balik. Ini tidak, menempelak dan bercakap kosong.

Contoh komen yang membunuh yang lain; "Ala .. harap muka cantik je .... kau punya cerita bukan best pun, aku hairan la kenapa blog kau ni ramai orang suka .. derang ni tak reti menilai kot" .... Ish ... kan lebih molek kalau komen apa yang harus dilakukan supaya blog tersebut jadi lebih baik. Atau berikan point-point bagaimana sebuah blog itu boleh dinilai sebagai yang terbaik.


11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pernah juga kena macam nie..huhuhu....

    ReplyDelete
  2. so far tak pernah kena lagi dan harap2 tak kena la sebab blog sy blog peribadi so harap2 mereka faham ..

    ReplyDelete
  3. Fuhhh Kalau lah saya dapat komen macam tu mau bertambah meroyan saya hehehe

    ReplyDelete
  4. Hahahaha... dah la semalam meroyan ye kak @google-c369de68dd7cde833d155677804c18e1:disqus

    ReplyDelete
  5. hukhuk..pernah terkena....tu yg terpaksa tapis dulu komen2

    ReplyDelete
  6. blog saya bukan blog informasi.....haru kalau dpt komen berbahsa basi lagu ni

    ReplyDelete
  7. kadang-kadang ada juga dapat komen macam ni.tapi hati kena kering je lah bila baca. kalau tak terasa hati plak. lantaklah orang nak cakap apa

    ReplyDelete
  8. Bukan semua orang yang ada blog boleh terima komen gini .. ada yang terasa lalu dah terasa pahit untuk berblog

    ReplyDelete
  9. HMmm boleh dikatakan semua blogger pernah alami perkara ni ...

    ReplyDelete
  10. Memang ada ... dan biasalah manusia ... ada sahaja perkara yang tidak puas di hati, tetapi yang jadi malangnya ialah mereka tidak pun memberi komen membina ....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement