As-Salam. Jangan terkeliru, seorang blogger yang boleh buat hampir 10 entri sehari tidak semestinya bagus. Memang benar blog perlu dikemaskini dengan entri setiap hari, tetapi andai terlalu banyak, ia mungkin akan jejaskan kualiti entri mahupun blog itu sendiri.

Dan jumlah entri yang banyak juga tidak cerminkan bahawa blogger itu seorang blogger yang bagus. Dari sudut SEO, ciri-ciri blog yang sentiasa ada cerita baru memang dititik-beratkan tetapi pada masa yang sama, kualiti entri itu juga dilihat. Itu sebabnya dalam polisi Google Adsense, apabila terdapat duplikasi entri daripada blog yang lain, mereka tanpa belas ehsan akan menyekat iklan Adsense anda. Jadi originaliti, iaitu prinsip kualiti penghasilan entri adalah amat perlu.

Ada blog yang berikan entri sehingga 10 setiap hari, tetapi kebanyakkan entri merupakan entri salin tampal, samada dari blog lain mahupun sumber berita. Jadi, ia tidak menandakan bahawa blog itu baik dari segi entrinya.

Kualiti entri penting di kala ini kerana algorithma terbaru dari Google amat menitik-beratkan perihal ini. Tanpa belas, blog-blog yang mempunyai entri salin tampal atau entri yang bukan original, akan terus diberikan penalti samada dari sudut pemaparan iklan Google Adsense mahupun dari sudut disenaraikan dalam enjin carian mereka.

Jumlah entri perlu berpada, selaras dengan kualiti yang anda berikan pada setiap entri anda. Buat sela masa yang sesuai untuk setiap entri diterbitkan jika anda dah terlalu banyak perkara mahu dikongsikan.

Tak perlu tamak, kata orang tua; yang tamak ni akan selalu rugi. Dalam mahu mengejar trafik dan meningkatkan pageviews, biarlah ia kekal dan berterusan ... dan bukan hanya bermusim.


4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. nak tulis entri yang original memang susah sebab kekurangan.. apabila kena fikir jugak sesuai tak dengan tema blog kita.

    ReplyDelete
  2. setuju...entri tidak mencerminkan kualiti...

    ReplyDelete
  3. Masa akan membantu, apabila kita telah sering menulis di blog, akan tiba satu masa di mana kita akan menyedari bahawa cara beginilah yang terbaik buat kita - bukan setakat kita suka, malah pengunjung juga akan suka.

    ReplyDelete
  4. fyna minta izin kongsikan entri abg di blog fyna.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Sebelum Selepas

Dapatkan 365 Ayat Emosi Mudah Viral - Free Marketing Berkesan Klik Sini Untuk Download!

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik 2021

Ebook Rahsia YOUTUBER Naikkan Views Dengan Headline Padu Klik Sini Untuk Download!