As-Salam. Antara ciri-ciri sebuah blog yang peka SEO atau blog yang mesra SEO (Search Engine Optimization) ialah mempunyai penerangan ringkas iaitu deskripsi bagi setiap pautan yang ada di dalam blog termasuklah juga di dalam entri.

Deskripsi ini akan keluar sebagai satu kotak apabila cursor tetikus kita berada di pautan tersebut, seperti contoh di bawah:


Baskin Robbins Hanis Zalika

Ia adalah sebagai meningkatkan lagi kemungkinan ia diambil sebagai kata kunci atau keyword bagi bot enjin carian. Dengan adanya deskripsi itu, ia akan menguatkan lagi kata kunci tersebut, dan memberikan isyarat kepada bot-bot enjin carian bahawa inilah entri yang kaya info berkaitan dengan kata kunci yang dicari.

Namun, bukan semua pautan anda boleh lakukan atau meletakkan deskripsi, terutama jika anda menggunakan javascript luar, atau widget bebas yang menyukarkan anda untuk meletakkan deskripsi.

Cara paling biasa untuk anda meletakkan atau menambah deskripsi pada sesuatu pautan termasuklah gambar ialah dengan cara ini:

Meletakkan Deskripsi pada Gambar dalam Entri Blog


<img src="link gambar anda" title="tajuk gambar atau kata kunci anda" alt="kata kunci kedua anda"/> atau cara paling mudah ialah dengan klik kanan tetikus anda pada gambar tersebut, dan akan keluar satu kekotak begini:


Lengkapkan kedua-duanya dengan kata kunci untuk gambar tersebut. Untuk lebih baik, pastikan nama gambar (namagambar.jpg atau namagambar.png) mempunyai kata kunci serupa dengan image properties di atas.

Meletakkan Deskripsi pada Pautan di dalam Blog


<a href="pautan anda.html" alt="kata kunci pautan" title="tajuk pautan">

Memang agak memenatkan sedikt, dan juga rumit bagi sesetengah blogger baru, namun hasilnya nanti sangat baik untuk meningkatkan trafik blog menerusi enjin carian.

Selamat mencuba.


18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ni untuk wordpress kan, blogspot tak de cam tu

    BalasPadam
  2. Tak .. ini adalah untuk blogspot .. HH guna blogspot .... blog ini guna blogspot

    BalasPadam
  3. Cuba ... jangan tak cuba .. tak cuba takkan tahu kesannya ... :) terima kasih yer

    BalasPadam
  4. dah lama tulis blog tapi tak applykan plk tips ini. Akan cuba apply lps ni.

    BalasPadam
  5. Hmm jangan baca je tapi tak buat .. rugi ooo ilmu dah ada tapi tak praktik

    BalasPadam
  6. Sama-sama @f62286c9396378ed694a50d313a79c09:disqus

    BalasPadam
  7. wah..baru tahu, terima kasih ;)

    BalasPadam
  8. Selalu buat macam tu tiap kali masukkan gambar dalam artikel. Dan ianya berkesan sebab ianya merupakan salah 1 organic traffic yang akan masuk ke blog kita.

    BalasPadam
  9. @f50d29be2b2f48340a198c15d32b3955:disqus blogspot dah ada function tu sejak beberapa bulan yang lalu. saya salah seorang blogger blogspot yang mempraktikkan teknik tersebut. dan teknik tersebut adalah merupakan salah 1 sumber trafik ke blog saya dan ianya berkesan dalam meningkatkan jumlah kemasukkan trafik ke blog.

    BalasPadam
  10. t/kasih mr HH. Satu revision yang bagus. Saya pun dah buat...

    BalasPadam
  11. Selalu dok tengok blogger suruh msukkan title tp cheq xqeti..
    Nnti nk try thru komp.. skrg gna henset susah skit.. tp xpe da bookmark link ni.. tq HH

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. Ntah kali ke berapa baca artikel nie..dah banyak kali baru la btl2 paham..ayat yg digunakan aras tinggi...kena naik pakai tangga lambat la sampai..huhuhu

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement