Tips atau Cara Hasilkan Password Yang Kuat. Ramai yang kurang pengetahuan tentang cara untuk hasilkan sebuah kata lalaun atau password yang kuat. Keselamatan dalam talian adalah antara perkara penting yang perlu para blogger Malaysia titik-beratkan, ia perlu bagi menjamin akaun kita selamat daripada diceroboh secara mudah. Apatah lagi jika melibatkan akaun-akaun yang sangat sensitif seperti kata laluan untuk ke akaun bank dan seumpamanya.

Blog juga perlukan keselamatan yang jitu agar apa yang telah kita lakukan dengan blog kita tidak secara mudah dicuri, dirampas, diambil dan diolah oleh pihak tidak bertanggungjawab. Malah, bukan hanya blog, password untuk akaun sosial juga perlu kuat agar tidak mudah diceroboh. Ramai yang ambil mudah bab keselamatan ini, tetapi tidak menafikannya ia adalah penting.

Untuk itu, saya berikan satu tips mudah bagaimana untuk menghasilkan kata laluan (password) yang sukar ditembusi tetapi pada masa yang sama, mudah diingati.

Tips Hasilkan Password Sukar Diceroboh Tetapi Mudah Diingati

Tips Buat Password Yang Susah Tetapi Mudah Diingati
Cuba pilih satu ayat yang biasa anda gunakan, atau mungkin satu peribahasa. Contohnya; Bagaikan aur dengan tebing.

Dengan menggunakan pendekatan memilih peribahasa di atas, maka anda ambil setiap huruf pertama dalam perkataan yang ada, lalu menjadi — Badt.

Untuk menambahkan lagi kata laluan yang cukup kuat, anda tambah karektor istimewa, contohnya tanda seru, menjadikan kata laluan tadi — Badt!.

Sekarang untuk mudah mengingati, anda sesuaikan kata laluan tersebut dengan akaun yang anda gunakan. Katakan anda gunakan untuk log masuk ke CIMBClicks, maka CIMBBadt!. Atau contoh lain, seperti anda log masuk ke akaun Facebook, anda boleh jadikan kata laluan anda tadi seperti berikut — FBBadt! ; kalau ada dua akaun boleh buat FB2Badt! menjadikan ia satu kata laluan yang amat kuat dan sangat sukar untuk dijangka.

Teknik ini juga boleh anda lakukan dengan menggunakan simpulan bahasa, nama sekolah, model kereta pertama anda, jenis komputer yang anda gunakan dan sebagainya.

Dengan penggunaan kata laluan yang cukup kuat tetapi pada masa yang sama mudah untuk ingat, anda boleh merasa lega akan tahap dan ciri keselamatan yang telah anda lakukan pada akaun-akaun maya anda.

Selamat mencuba.


Previous Post Next Post

Advertisement

Tips Lulus Temuduga

Advertisement


Lubuk Bundle

CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement


Rahsia Kerja di Singapura