As-Salam. Ada yang nampaknya sudah putus asa dengan Google Adsense apabila tidak berjaya dalam permohonan untuk aktifkan akaun Google Adsense. Memang pihak Google Adsense agak cerewet kebelakangan ini, semuanya gara-gara terlalu banyak blog copy-paste sehingga menyebabkan banyak blog artikel asal terkena penangan penalti daripada pihak Adsense ini.

Memandangkan segala keperluan untuk blog penuhi tuntutan polisi pihak Adsense adalah bergantung kepada kita, sebagai pemilik blog, maka agak sukar sebenarnya untuk memastikan blog sentiasa berada di dalam keadaan begitu. Namun, jangan gusar ... pihak Adsense akan hubungi anda jika terdapat perlanggaran polisi yang dilakukan, samada sengaja atau tidak sengaja.

Dalam fenomena terkini, banyak blog yang sudah cekap SEO telah membunuh ramai blogger yang punyai akaun Adsense terdahulu, dek kerana entri salin tampal yang mereka gunakan dalam entri-entri mereka. Oleh kerana SEO yang cekap yang ada di dalam blog mereka, kebanyakkan blog-blog asal yang menjadi 'pemilik' artikel asal telah hadapi masalah dengan pihak Adsense. Akibatnya, ada akaun Google Adsense blogger Malaysia yang telah digantung.

Harapan HH agar mana-mana blog yang cuba lakukan salin tampal (copy-paste) sila kemukakan sumber dalam entri anda. Kerana HH difahamkan, pihak Google Adsense mengambil pendekatan meneliti kembali akaun pemilik seandainya ada permintaan dilakukan. 

Untuk mereka yang hadapi masalah dengan Adsense, sila terus-terusan berhubung dengan Google Adsense, dan berikan input secukupnya untuk membolehkan blog anda kembali menggunakan Google Adsense sebagai penjana pendapatan untuk blog anda.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement