As-Salam. Siapa kenal dengan blogger bernama Aman Firdaus? Tak kenal? Bagaimana dengan nama blog Amanz.my? Aman Firdaus bukan calang-calang punya blogger, dia merupakan seorang blogger yang penuh minat, dan menjadikan hobi, kesukaan dan minat mendalam dalam gajet sebagai isi kandungan utama blognya.

Aman Firdaus merupakan seorang blogger yang mengenengahkan review mengenai gajet-gajet terkini dan dunia IT, menerusi blognya Amanz.my. Blog tersebut telah berkembang pesat malah telah menarik minat para pengeluar gajet sendiri.

Amanz Network Capai Setengah Juta Pengunjung Sebulan


Terkini, setelah 8 tahun blog Amanz.my telah mendapat lebih daripada 21 ribu pengunjung sehari, dan lebih setengah juta pengunjung setiap bulan. Dan ia kini bernaung di bawah sebuah syarikat yang dikendalikan oleh 3 orang blogger hebat Malaysia iaitu Ikhwan, Effi Saharuddin @ Obefiend dan juga Khairunnisa @Nisakay.



Amanz.my menunjukkan dan bukti bahawa hobi dan minat mendalam mengenai sesuatu, jika dikongsikan menerusi blog akan memberikan hasil lumayan dan kejayaan. Amanz.my juga menunjukkan bahawa blogger juga boleh berjaya dengan usaha sendiri.

Hebat bukan? Tahniah Amanz Network kerana menjadi antara peneraju blog informatif dunia IT serta gajet tanahair.

HH tabik kerana blog tersebut dapat perhatian pihak Google serta Youtube, selain daripada syarikat-syarikat pengeluar gajet dunia!


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement