As-Salam. Bila dah silap dalam hala tuju dan tujuan berblog .. mungkin inilah jadinya - hangat-hangat tahik ayam (err hangat ke???). Mungkin pada awalnya, blogger seperti ini buat blog kerana tertarik untuk menjana pendapatan lumayan ..kononnya, tetapi .... apa kesudahannya? Dari berpuluh entri seminggu jadi dua atau tiga entri sebulan. Blog yang meriah pada awal terbitan sudah jadi usang dan kelam.

Blog sebegini mungkin tidak ada kesan langsung kepada kita yang bertungkus-lumus untuk membuat entri saban hari. Tetapi, fikirkan pula andai blog itu ada letakkan iklan seperti Nuffnang, Advertlets dan sebagainya .... tambah-tambah lagi jika blog itu tetiba dapat pelbagai iklan yang menguntungkan daripada pihak pengiklanan ... haaaa ..... mana habuan anda yang dok update sentiasa? Anda kena ingat, pecahan keuntungan dan pendapatan dibahagikan sesama blog yang ada, hatta blog tersebut dah kurang pengunjung dan sebaliknya.

Itu satu perkara, sekarang fikirkan pula mengenai SEO. Jika blogger yang asalnya hangat-hangat tahik ayam itu bijak mempergunakan SEO lebih baik daripada anda .... asyik blog dia yang tak update-update tu di paparan utama .... tak ke geram dibuatnya?

Bukan nak suruh anda hasad dengki dengan mereka yang seperti HH sebutkan tadi, cumanya nak mengingatkan sahaja, jika minat dah tak ada lagi dalam dunia blog, berikan ruang buat mereka yang lain yang  sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat blog mereka. Tak adillah kan .. kan kan? 

HH pun ... mana-mana blog yang HH kendalikan dirasakan dah jarang update .... tanpa segan silu, tanpa tanya mana-mana pihak, HH akan padamkan terus .... delete .. bagi peluang untuk orang lain guna nama blog tu ... beri peluang untuk orang lain capai apa yang mereka inginkan. 


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. masa mula2 blogging dulu mmg semangat abisss...hari2 update, mencurah2 idea, tp lelama mula ahh byk alasan, busy lah, malas lah...tp masih minat blogging. Walau lebih kurang sekali sebulan jerr update, tp leh katakan hari2 i jengok2 my blog tau...sajer rindu nk tgk dia....balas komen2 kt shoutbox & tgk trafik...pastu tgk blog2 yg i follow updates...heheh :-))

    BalasPadam
  2. haraplah ak terus bersemangat untuk berblog dan tidak hangat2 tahi ayam je.. dan, biarlah terus kekal ikhlas berblog.tak gitu bro?hehe

    BalasPadam
  3. Betul ... kena sentiasa bersemangat ...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement