As-Salam. Mungkin anda akan rasa iri hati dengan blog-blog yang punyai ramai pengikut (followers) ... yang mungkin pada firasat anda, blog tersebut terkenal ... atau ada ramai pembaca setia. Wahai blogger .... kecik, besar, tua dan muda ..jangan gusar tentang jumlah pengikut. Walaupun ia ada impak tersendiri ... tetapi percayalah ..... pengikut atau followers ini datang dan pergi.

Apa yang HH maksudkan ialah ... anda mungkin nampak wajah2 pengikut yang ramai di blog-blog ....tetapi ada di antara followers tu dah tidak lagi aktif dalam dunia siber ni. Dan mereka pula .... mungkin pada satu ketika dahulu, hanya klik butang followers kerana ada sebab yang meminta mereka berbuat demikian. Jadi, jangan gusar akan hal pengikut ini.

Yang perlu anda pentingkan ialah pembaca setia blog anda. Mereka inilah yang merupakan aset utama blog anda .... yang saban hari dan waktu memberikan trafik kepada blog. Dan mungkin tanpa anda duga, jika mereka seorang blogger macam anda, mereka akan berikan backlinks yang berkualiti untuk blog anda - yang mana akan menaikkan ranking anda dalam enjin carian dan laman-laman penarafan blog seperti Alexa atau Google Pagerank.

Pembaca setia ini tidak semestinya mereka yang sering meninggalkan komen. Ada yang lebih suka datang dan hadir untuk membaca luahan, cerita, paparan yang anda sajikan dalam blog anda. Kehadiran mereka tidak anda sedari ...tetapi ... jauh dari amatan anda, merekalah yang paling penting dan utama.

Jangan gusar blog tiada pengikut ... tetapi gusarlah jika blog anda tiada pembaca!!


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. btl tu...follower rmi tu bkn semua dtg bace..

    BalasPadam
  2. eeemmm..kadang2 bila tangok blog yg beriban pengikut, sunyi juga, abis, pemilik blog dah kurang aktif...

    BalasPadam
  3. yang sebenarnya diri kita sendiri yg harus mencari apa kelemahan dan apa kekurangan kita berhubung kenapa ada followers ramai tapi dalam ramai2 sedikit sahaja yg singgah ..itupun singgah gtu2 je..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement