As-Salam. Dalam SEO untuk blogspot, penggunaan deskripsi Meta adalah penting di dalam blog. Penggunaan deskripsi Meta adalah saling kait dengan tajuk blog anda. Kedua-dua mesti menggambarkan 60-80 peratus kandungan blog anda secara keseluruhannya.

Walaupun enjin carian utama seperti Google sudah tidak lagi ambil kisah mengenai deskripsi Meta ini, namun banyak lagi enjin carian yang berteraskan algorithma Google menggunakan pencarian deskripsi Meta untuk menyenaraikan laman-laman web serta blog di dalam pengkalan data carian mereka.

Oleh kerana itu, anda perlu ambil kesempatan tersebut agar memantapkan tajuk blog mahupun tajuk entri anda, bersesuaian dengan deskripsi Meta di dalam blog anda. Deskripsi Meta boleh anda buat dengan cara yang pernah HH tunjukkan di dalam entri 3 Struktur Heading Untuk Blogspot.

Secara amnya, di dalam blogspot .... deskripsi ini di tulis di bawah tajuk blog di dalam dashboard blogspot anda - seperti gambarajah di bawah.

Jumlah Aksara Maksima Untuk Buat Tajuk Blog Serta Deskripsi Meta


Untuk pengetahuan, tajuk sesuatu blog mahupun entri perlu dihadkan kurang daripada 70 aksara, dan memastikan bahawa deskripsi blog serta entri anda pula kurang daripada 160 aksara. Ini adalah kerana seandainya lebih daripada yang telah HH beritahu, tajuk atau deskripsi anda akan nampak cacat kerana hanya jumlah aksara yang dikatakan itu sahaja yang akan dipaparkan di enjin carian.

Contoh tajuk blog yang baik serta bagus adalah seperti ForBlogger.net dengan deskripsi menyebut .. tips serta panduan untuk blogger atau dalam bahasa inggeris tips blog for blogger. Ada kata kunci for blogger baik buat tajuk blog dan juga deskripsi.

Satu lagi contoh yang baik ialah tajuk blog - Ini Kisah Tia, dan deskripsi yang boleh ditetapkan ialah Ini merupakan kisah hidup Tia sepenuhnya. Dua-dua tajuk dan deskripsi nampak jelas walaupun pendek, dan punyai kata kunci yang serupa iaitu Kisah Tia.

Jadi, harapnya anda faham sekarang bagaimana untuk buat tajuk blog dan deskripsi yang baik untuk SEO. Cara yang sama juga anda praktikkan untuk tajuk entri anda. Jangan lupa deskripsi kandungan entri anda yang perlu anda masukkan.

Selamat mencuba.


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalammualaikum...bro HH,

    terima kasih atas tip2 nie..sungguh informatif..

    mselim3

    BalasPadam
  2. 1 ulasan yang agak sempurna.. TAPI
    bagaimana dengan link sesebuah blog itu berdasarkan nama seseorang tetapi isi yg bakal di coretkan adalah tips dalam kehidupan?perlukah di meta menyebut keduanya??mohon penjelasan saudara HH

    BalasPadam
  3. Kalau utk kontest seo..adakah boleh dibuat tips ini sifu hh? Iaitu dgn memasukkan keyword kontest ke dalam meta?

    Mohon pencerahan sifu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement