As-Salam. Ada yang bertanya pada HH, mengapa ada blog ... followers tak ramai mana, malah tak sampai seribu pun, tetapi sesuatu masa dan ketika, blognya ada sampai ratusan yang online serentak di blognya. Hairan? Janganlah hairan ...inilah dinamakan SEO atau Search Engine Optimization. SEO mampu hidupkan blog anda, sekalipun anda jarang update blog anda dengan entri baru.

SEO paling mudah yang HH boleh kongsikan adalah dengan membuat entri informasi yang sentiasa segar dan sentiasa dicari. Ada juga SEO jenis bermusim di mana anda membuat entri-entri berdasarkan sesuatu peristiwa yang popular atau sedang hangat diperkatakan. 

Namun, seperti yang HH katakan tadi.... tiada entri baru, tetapi pengunjung tetap ramai setiap hari... maka, buatlah entri yang segar malar, iaitu entri informasi seperti contoh; entri-entri berunsur agama - entri cara sholat yang betul, entri cara pakai tudung, entri-entri panduan mengenai sesuatu. 

Atau anda boleh buat entri informasi yang boleh dicari untuk tahun tersebut, contohnya entri mengenai takwim hijrah, jadual puasa, jadual penerbangan haji tahun tu dan sebagainya.

Berdasarkan pengalaman HH, yang pasti dicari adalah entri-entri seperti tips dan panduan; ikutlah apa yang anda pandai dan alim mengenainya; seperti entri masakan atau resepi, entri tips dan panduan mengenai sesuatu hobi - cara menanam pokok keladi bunting ....atau mungkin cara mendapatkan lesen perniagaan secara online.... 

Semua yang HH berikan adalah sebagai contoh untuk anda mencuba SEO bagi menghidupkan blog anda walaupun anda sedang kering idea untuk entri baru. InsyaAllah, akan ada umat manusia yang menggunakan enjin carian seperti Google dan Yahoo Search untuk mencari informasi-informasi berkenaan sepanjang masa dan ketika.

Selamat mencuba.


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. asik seronok baca, lupa tinggal komen. Ha..ni tinggalkan komen..
    Banyak sungguh tip yg HH bagi. Tapi bagi yang masih mentah macam saya ni, ada beberapa bahagian yang tak faham pun apa yang HH tulis. blur sekejap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... normallah tu, masa saya newbie pun gitu gak .. nganga je bila mereka yang pakar dok bicara dan beri tips macam2 .. tapi sbb nak belajar dan ada keinginan mahu berjaya ..... saya perlahan-lahan kutip ilmu

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement