Kalau anda buat karangan SPM mahupun SRP ... errrkk atau PMR, lebih-lebih lagi karangan bahasa Malaysia, penggunaan huruf kecil dan besar serta sendeng (italic) ada maksud dan beri impak tersendiri, begitu jugalah dalam menulis blog. Huruf besar, kecil atau sendeng sebenarnya ada fungsi dalam pendekatan SEO (Search Engine Optimization)

Penggunaan Huruf Besar, Kecil dan Sendeng Untuk SEO


Selalunya penggunaan huruf besar menunjukkan ia merupakan satu tajuk, dan huruf kecil pula menunjukkan ia adalah isi kandungan yang kurang penting. Manakala sendeng pula menandakan perkataan tersebut merupakan kata pinjaman atau saduran daripada bahasa yang lain yang tidak dapat diterjemahkan secara tepat.

Jika anda menulis entri dan meletakkan penggunaan huruf besar, kecil dan sendeng ini sesuka hati, ia akan merencatkan enjin carian untuk mencari kata kunci yang sesuai buat entri tersebut. Contohnya, anda secara tiba-tiba menggunakan huruf besar untuk keseluruhan satu perkataan di dalam entri yang terletak di awal entri yang berlainan dengan tajuk entri anda, maka tentu sukar untuk menentukan mana satu kata kunci yang sebenar untuk entri tersebut. Sering enjin carian melihat penggunaan huruf besar sebagai 'isyarat' ia adalah kata kunci atau keyword untuk sesebuah entri.

Cuba anda gunakan SEO Tools ini - SEO Workers untuk anda lihat bagaimana penggunaan huruf kecil, besar mahupun sendeng beri impak.

Malah, dari sudut penyerlahan kata, penggunaan huruf besar sepenuhnya bererti anda 'menjerit' atau ditekankan secara serius.

*p.s: Tak suka sangat guna huruf besar keseluruhan kecuali untuk visualisasi dan imej

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih bro atas informasi ini...nice

    ReplyDelete
  2. masih banyak lagi fyna kena belajar pasal nih.

    ReplyDelete
  3. Kena belajar balik format penulisan nie...banyak lagi yang kena perbaiki

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement