As-Salam. Jangan malu nak menulis. Anda dah ada blog, maka lakukan sesuatu agar blog anda sentiasa hidup. Jika dalam laman sosial anda boleh update status anda hampir setiap jam, blog pun sama juga .... bezanya ... di dalam blog, anda boleh tulis panjang-panjang ... dan hanya dibaca untuk mereka yang berminat nak baca. Kalau mereka tak suka, mereka pangkah je ...

Lain hal kalau dalam laman sosial ... makin anda merapu setiap minit.... mulalah ada tangan gatal yang mahu kondem apa yang anda kongsikan. Silap-silap boleh tercetus perkara tak diingini .. banyak dah berlaku. Ayat sebaris ... jadi berbaris-baris .... sambung sambung .... dengan komen, pastu ada lak yang cucuk mencucuk.... Adehhh...

Dalam blog, komen anda boleh pilih nak publish atau tak ... setelah anda luah pendapat sepanjang-panjang yang anda mahu. Cukup lengkap, cukup nas ...cukup asam garam gula semuanya. Orang nak kondem pun fikir lapan juta kali nak tulis komen.

Maka, blog platform anda untuk menulis semahu-mahunya ... jangan malu untuk menulis. Kadangkala ... tulis sebaris dua pun ok, asalkan ia penuh makna dan berikan sesuatu kepada orang lain. Err... macam bidalan gak .. pendek je .. tapi penuh makna tu.

Andai anda malu nak menulis, blog akan senyap... pengunjung pun memalu nak datang .. hehhee... erkkk malu-malu jangan sampai memalukan diri atau tunjuk kemaluan sudahlah yer .. tu lain punya cerita lak.

*p.s: Anda lihat Ben Ashaari ... entri pendek-pendek je, tapi penuh makna.... teknik yang sampai sekarang HH tak reti nak buat .. mesti nak bebel lebih sedepa lengan ..hahahaha




Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement