As-Salam. Tak salah andai anda buat entri dengan slanga negeri, andai anda yakin ramai yang tahu akan maksud dan makna. Sama juga dengan bahasa rojak, bahasa pasar .... bukan semua orang faham. Apatah lagi jika entri anda penuh dengan singkatan-singkatan yang kadangkala sukar dan mungkin boleh ada dua sebutan yang membawa kepada dua makna berbeza.

Katakan anda inginkan kelainan dengan penggunaan bahasa tersebut, pastikan di hujung entri ada penjelasan tentang makna perkataan tersebut. Anda boleh letakkan asterik (*) untuk perkataan-perkataan yang anda fikir tak ramai orang tahu, dan * itu dijelaskan di penghujung entri.

Susah payah anda buat entri tetapi buat orang garu kepala atau pening nak baca susah juga kan? Biar bahasa mudah dan difahami agar apa yang anda nak cerita dapat diceritakan, apa yang ingin anda kongsi sampai ke benak fikiran orang yang baca.... jangan sampai nanti, baru setengah perenggan, pengunjung akan klik pangkah dek kerana bahasa anda yang haru-biru-kuning-coklat-hitam-hijau tu .. hehehe.. okeh.

Selamat berblogginggg...... yehaaa...


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement