As-Salam. Blog anda lambat? Salah satu sebab adalah kerana adanya kod javascript yang banyak di dalam koding blog anda. Koding yang lambat dimuatkan ini selalunya berpunca daripada kod javascript yang disimpan di tempat lain. Selalunya kod-kod ini digunakan di dalam widget yang diletakkan pada blog.

Oleh kerana ramai blogger yang menggunakan widget yang serupa, maka capaian kepada kod-kod javascript yang disimpan ini akan mengambil masa sedikit. Antara cara untuk memastikan blog kita tidak menghadapi masalah untuk mencapai kod-kod javascript ini ialah dengan menyimpan kod-kod ini di tempat yang lain - iaitu di storan-storan maya yang ada disediakan.

Contohnya javascript ini yang HH gunakan di widget:

Hosting Your Blog Javascripts
Apa yang anda dapat lihat ialah kod ini disimpan di storan milik Alexa yang sudah tentunya dicapai oleh banyak pengguna (sekadar contoh - bukan satu contoh yang baik sebenarnya).

Masalah akan timbul apabila kadangkala laman web Alexa punyai masalah untuk memuatnaik kod javascript tersebut. Mungkin masalah ini tidak berlaku pada Alexa tetapi bagaimana dengan kod-kod javascript daripada widget-widget yang lain? Jadi, anda perlu cari satu tapak di mana anda boleh menyimpan kod-kod javascript ini.

HH menggunakan khidmat Free Javascript Hosting untuk menyimpan kod-kod javascript yang ada di dalam blog ini terutama kod-kod yang telah disediakan oleh blog-blog yang menyediakan tutorial widget tertentu, yang tentunya punyai javascript tertentu. Ia juga memudahkan untuk HH untuk cari kod itu kembali seandainya HH buang widget-widget yang tidak diperlukan lagi. 

Hosting Your Blog Javascripts

Cara Untuk Simpan Kod Javascript Widget


Bagaimana nak simpan kod-kod javascript ini? Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mengambil kod-kod tersebut di storan asal. Contohnya tadi, Alexa; anda perlu ambil link url yang menyimpan kod tersebut di pelayar web anda ... dan anda akan dapati ia memaparkan kod seperti ini:

Javascript Code in Blogspot

Anda salin (copy - Ctrl-C) semua kod tersebut dan kemudian simpan di dalam notepad di komputer anda. Selepas itu, anda muat-naik ke Free Javascript Hosting ..... satu email akan diberikan kepada anda menyatakan link atau alamat kod javascript yang telah dimuatkan tu, lepas tu ganti sahaja alamat url kod javascript asal dengan url yang baru.

Ok. Harap anda faham. Anda boleh bertanya pada HH di Facebook kalau tak berapa nak faham.... jangan segan-segan.

*p.s: Ada cara lain. InsyaAllah HH akan ceritakan kemudian. Jadi sering-sering singgah sini yer.



3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Assalammualaikum..bro HH,

    bagus entry nie.. utk ringan kat blog.. yang mana kod blog disimpan ditempat lain... wahh.. bagus dulu pernah baca kat blog2 otai yang lain tapi tak dapat cerna dengan baik.. insaallah cuba lepas nie... mselim3 paling suka jika blog mselim3 ringan.

    mselim3

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Lubuk Bundle Gred AA

Dropship USD