Memahami Onpage SEO. Dalam menekankan soal SEO atau Search Engine Optimization untuk blogspot, perkara yang perlu anda tahu ialah pematuhan blog anda kepada Onpage SEO. Apa itu Onpage SEO? Untuk memahami secara mudah apa itu Onpage SEO ... anda perlu menjelajah diri anda ke dalam satu perpustakaan mini.

Haha, maaflah kena bawa anda ke dunia imaginasi, tetapi ia penting untuk fahami mengenai kaedah onpage SEO ini. Kalau tidak, anda akan terkapai-kapai mengenai memahami apakah yang dimaksudkan dengan Onpage SEO yang sangat penting untuk entri-entri blog berada di dalam enjin carian, terutama untuk mendapatkan rank terbaik.

Memahami Onpage SEO

Memahami Onpage SEO
Apabila anda masuk ke sebuah perpustakaan, apa yang anda akan nampak ialah lautan maklumat. Dan waktu ini, anggapkan anda sebagai satu bentuk enjin carian. Apabila anda ingin mencari satu tajuk atau keyword di dalam sebuah perpustakaan, apa yang perlu anda lakukan ialah ... mengelaskan (kelaskan) pencarian anda.

Contoh Memahami Apakah SEO Onpage

Contoh: Anda sebagai enjin carian, mencari tajuk berikut - "Datuk Bahaman Pahlawan Melayu".

Daripada pemahaman anda, tajuk tersebut atau kata kunci tersebut adalah berkisah pada sejarah .... sejarah Pahang, pahlawan Melayu, Zaman sebelum kemerdekaan, dan kemudian kepada kata kunci utama Datuk Bahaman itu sendiri.

Semua yang ada kaitan iaitu kata kunci (Onpage SEO) yang merujuk kepada Datuk Bahaman Pahlawan Melayu itu perlu ada di dalam kandungan entri anda tadi. Malah, setiap gambar atau pautan samada luar atau dalaman mestilah saling kait dengan tajuk entri tersebut. Pastikan gambar di dalam entri ada alt text atau deskripsi pada gambar yang punyai kata kunci tadi.

Kata kunci tadi perlu berada di dalam kawasan yang sesuai di dalam entri, iaitu di awal perenggan pertama entri anda, kemudian di bahagian tengah entri anda, dan akhir sekali di penghujung entri anda.

Kejituan dan jumlah kata kunci itu diulang dalam entri perlu dijaga agar tidak melebihi syarat sehingga mengakibatkan enjin carian memberikan penalti kerana cuba spam kata kunci tersebut dalam entri.

Inilah dinamakan Onpage SEO - mengikut pemahaman saya, ia perlu seimbang dengan tajuk utama blog anda juga. Ia akan menjadi lebih tepat andai entri ini berada di dalam blog yang bertajuk "Blog Sejarah Pahang" daripada berada sebagai entri di dalam blog "Blog Informasi Terkini".

Semoga bermanfaat.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Entry yang bagus dari HH, sememangnya tips-tips ini sentiasa di tunggu oleh blogger seperti saya.. Memahami teknik SEO dan mempraktikkanya.. Itulah yang di lakukan oleh saya.

    BalasPadam
  2. Mencari keserasian terhadap onpage SEO agar tidak lari daripada apa yang dibenarkan. Semoga dapat manfaat terhadap tajuk entri ini. Penelitian terhadap keyword memerlukan satu kaedah yang sesuai untuk entri kita. Banyak lagi yang perlu saya praktikkan di dalam blog saya. Insya Allah..

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum.. bro HH,

    terima kasih ilmu pasal SEO onpage nie... membantu dalam untuk menghasilkan entry yang terbaik dan berkualiti.. bagi pemain SEO...

    mselim3

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..ilmu dari HH memang simple dan berguna..trimes tuan HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Moga boleh dimanfaatkan .. :) kena amal baru tahu bagaimana caranya.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement