Apa Itu Offpage SEO?

Apa Itu Offpage SEO?

Apa itu offpage SEO? Setelah anda melakukan segala daya dengan kefahaman akan Onpage SEO. Maka langkah seterusnya ialah melakukan Offpage SEO. Apa itu Offpage SEO? Jangan pening kepala ... ada tafsiran paling mudah tentang apa itu Offpage SEO.

Dalam blog post ini, saya cuba nak kongsikan pemahaman yang saya tahu mengenai Offpage SEO. Walaupun saya bukanlah pakar SEO, namun ini adalah teknik dan cara SEO yang telah lama diamalkan oleh ramai blogger hebat serta pengendali laman web untuk membolehkan perkongsian mereka berada dalam SERP atau top enjin carian terutama Google.

Apa Itu Offpage SEO?

Apa Itu Offpage SEO untuk Blogspot
Offpage SEO dengan kata lain ialah promosi. Promosi entri mahupun blog anda, lakukan dengan tekun dan penuh hemat, bukan main letak ke tempat-tempat tidak berkaitan. Paling penting dan utama ialah mempromosikan link blog anda itu di tempat-tempat yang punyai penarafan tinggi oleh enjin carian.

Ia juga sebagai membina reputasi blog anda di dalam dunia blog dan enjin carian.

Cara-Cara Melakukan Offpage SEO Mudah Untuk Blogspot

Anda boleh meletakkan url atau link blog anda menerusi tandatangan digital bagi setiap email anda, anda juga boleh meletakkan ia di dalam signature anda di dalam ruangan forum-forum berkaitan, malah laman web yang ada kaitan dengan apa yang anda ingin kongsikan dalam blog.

Contoh 1: Anda ada entri mengenai "Cara pakai tudung bawal versi comel", maka ... anda buatlah blogwalking ke blog-blog yang ada kaitan dengan tudung, atau lebih spesifik tudung bawal, lebih baik andai anda pergi ke blog-blog yang ada ranking lebih tinggi dari blog anda. Kongsikan info yang anda ada dengan meninggalkan link blog atau url entri berkaitan.

Contoh 2: Anda masuk ke laman atau forum yang bercerita soal tudung. Anda berikan pendapat anda di dalam ruangan forum tersebut, dan berikan link atau url ke entri anda. Jangan main tulis begini - Jom baca tutorial ini dan ini ... dalam forum tu tanpa anda bercerita tentang pengetahuan anda. Dengan ini anda bina reputasi, dan bukannya spam link dalam forum.

Membina Reputasi SEO Offpage Blogspot

Buatkan blog anda disenaraikan di dalam bloglist blog-blog lain. Jadi komentar tertinggi di blog-blog yang ada ranking baik yang berikan backlink ke blog anda.

Sebarkan link atau url blog anda di ruangan sosial seperti Facebook, Tagged, Friendster dan sebagainya.

Ping blog anda, dan hantar url blog anda ke enjin carian seperti Yahoo Directories, Bing dan sebagainya.

Ini adalah sebahagian teknik Offpage SEO yang saya kongsikan. Seperti awal-awal dok lenguh menaip ni .... ia sebenarnya berkaitan promosi ... promosi .. dan promosi.

Ok. Harap anda faham dan boleh praktikkan.
Bisnes Kambing

Post a Comment

1 Comments

  1. Assalammualaikum... bro HH,

    SEO offpage nie penting jugak bro... promosi dan terus promosi..

    mselim3

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com