As-Salam. Kadangkala, apabila blog terlalu berlambak di dalam dunia maya, selera untuk kita menulis entri sedikit sebanyak akan terjejas. HH dah lihat banyak blog yang terkubur begitu sahaja..... terutama follower blog ini - www.hasrulhassan.com.

Adakah keseronokkan berblog itu sudah pudar? Ramai blogger yang pernah HH kenali sudah tidak lagi berada di pentas dunia blogger Malaysia. Ramai yang dah undur diri atas sebab-sebab yang mereka sendiri simpan. Dan ada di antara mereka yang merupakan blogger-blogger hebat dan mempunyai blog yang baik dari segi isi kandungannya.

Apa yang HH perhatikan, kebanyakkan blog sebegitu adalah dari blog-blog yang bertemakan blog peribadi, personal yang menceritakan soal keluarga dan kehidupan seharian.

Mungkin, kerana pertukaran status dari single ke sudah berpunya atau daripada status anak dara ke mak dara menjadikan mereka kini memandang sepi untuk update dan kemaskini kandungan blog mereka.

Itu hak dan pilihan mereka. Mereka dah meriahkan dunia blog Malaysia. Yang muncul akan terus muncul, yang tutup akan tetap tutup blog bila tiba alasan yang munasabah untuk berbuat demikian. 

Nyata, mereka berblog bukan sebab nak kejar duit maya ... nyata mereka bukan berblog sebab nak glamour ... tetapi berblog untuk meluahkan apa yang perlu. Bila dah tak ada apa yang nak  diluahkan .... dan bahagia dengan kehidupan sekarang ... maka .... blog itu hanyalah satu kenangan.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement