As-Salam. Mengapa penting buat anda, sebagai seorang blogger melanggan RSS  (Rich Site Summary)? Oh ya, apa gamaknya RSS ini? RSS merupakan satu format untuk menghantar isyarat bahawa kandungan blog kita telah berubah. RSS merupakan satu faktor untuk blog kita mendapat trafik menerusi enjin carian serta laman web yang menjejak informasi terkini. Buat blogger, adalah penting untuk melanggan RSS feed sesebuah laman web atau blog agar dapat menjadi antara yang terawal mendapat info dan menyebarkan info tersebut.

Kepentingan RSS buat Blogger

Kepentingan Melanggan RSS Feed Sesebuah Blog


Jika blog yang kita sukai itu mempunyai pelbagai info yang bermanfaat, maka rajinkan diri untuk anda melanggan RSS feed blog berkenaan. Anda juga digalakkan untuk langgan RSS feed laman berita terkini seperti yang ada di MSN News, Yahoo News, Yahoo Malaysia, Berita Harian, Bernama dan sebagainya untuk mendapatkan informasi terkini yang boleh dijadikan bahan dalam penulisan blog anda.

Andai anda menjadi yang pertama menerima informasi berkenaan, dan kemudian menulis mengenainya di dalam blog, anda mungkin akan mendapat tempias dari berita atau maklumat yang telah disampaikan. Cuma anda perlu lebih kreatif agar entri blog anda lebih menarik. Cara terbaik adalah menggabungkan informasi yang anda terima tersebut, dan disertakan dengan foto daripada pelbagai sumber yang boleh anda dapatkan menerusi langganan tadi.

Selamat mencuba.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement