As-Salam. Apabila seorang blogger mula terjebak secara serius dalam dunia blog, ketahuilah bahawa akan datang banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Bukan mudah apabila diri berkata - "Oh aku ingin jadi blogger berjaya". Banyak usaha perlu buat, bukan sehari dua, bukan seminggu, bukan sebulan dua ... makan tahun, dan ia akan turut mengubah cara hidup anda sebagai seorang manusia yang bukan blogger.
10 Perkara Bakal Berlaku Pada Diri Seorang Blogger
- Bangun dan sebelum tidur, anda akan tatap blog anda ..... bukan lagi tatap wajah ibu, bukan lagi tatap wajah anak, bukan lagi tatap wajah isteri. Komputer dan blog adalah perkara pertama dan terakhir yang anda akan lihat setiap hari.
- Anda akan kurang bersama keluarga dan kawan-kawan alam nyata, tetapi lebih suka berada di depan PC sambil jari dok taip entri blog mengenai benda yang anda sedang buat. Anda boleh bersembang berjam-jam dengan rakan blogger tetapi tidak dengan anak, isteri, sanak sedara, ibu bapa dan kawan realiti anda.
- Anda jarang nampak matahari dan bulan, kerana masa anda lebih kepada berada di depan PC di dalam rumah, di atas katil ...
- Badan makin berisi, kerana anda dah kurang pergerakkan selain pergerakan jari jemari anda di atas papan kekunci. Atau dengan kata lain, udah tak bersenam.
- Lebih suka cerita pasal rakan-rakan blogger daripada cerita kisah rakan dan teman yang nyata - yang dah lama kenal diri anda.
- Lebih seronok terima kad raya rega 20 sen daripada seorang blogger terkenal; daripada terima kunjungan rakan lama atau sanak sedara yang datang ke rumah.
- Kumpul duit semata nak dapatkan laptop canggih mahupun kamera DSLR bagi tujuan blogging anda.
- Tidur tak tentu masa dan tempat, sering mata tersengguk di depan komputer.
- Lupa pergi kerja sampai anda ambik keputusan untuk berhenti dan jadi blogger sepenuh masa.
- Lupa bahawa anda ada agama yang mewajibkan anda melakukan sholat 5 waktu! Kalau ingat, dah tak macam dulu dah ... tak lagi duk belakang imam, tak lagi berada pertama di dalam masjid. Tak lagi bingkas bangun apabila terdengar azan.
Banyak lagi sebenarnya kesan apabila kita terlalu obses dengan blog. Banyak yang perlu dikorbankan atau terkorban sebenarnya dari apa yang HH kongsikan ini. Mungkin pengalaman-pengalaman di atas pernah dan belum pernah anda rasai. Mungkin tidak sekronik yang disangkakan .... tetapi tidak mustahil ia berlaku pada segelintir blogger - perhaps not everything but there must be something that reshaping your life everyday ..
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.