As-Salam.
Antara perkara yang perlu anda faham mengenai SEO (Search Engine Optimization) ialah penggunaan kata kunci. Kata kunci inilah yang akan menjadi nadi dan asas untuk blog anda digelintar dan dimasukkan ke dalam pengkalan data enjin carian. Dengan ini membolehkan blog anda disenaraikan dalam carian apabila kata kunci tersebut dicari oleh pengguna internet - yang sememangnya dahaga informasi.

Ciri-ciri Kata Kunci Yang Baik Untuk Blog
  1. Kata kunci itu mestilah ada di tajuk blog, di awalan entri, pertengahan dan juga akhir entri.
  2. Kata kunci tidak perlu panjang, cukup untuk menyatakan atau memberikan sinopsis kepada isi kandungan entri anda.
  3. Kata kunci yang baik merupakan kata kunci yang boleh tercari dalam lebih dari satu bahasa - selalunya nama selebriti, nama gajet, nama jenama tertentu. 
  4. Kata kunci perlu ditag dengan H1 atau H2 dalam entri blog atau menerusi koding blog anda.
  5. Kata kunci yang baik mesti dan perlu ada di dalam deskripsi blog anda.
  6. 80 peratus penggunaan kata kunci di dalam deskripsi blog mesti digunakan dalam entri-entri anda. Hal  ini boleh dilakukan menerusi perletakkan tag atau kategori.

Semoga bermanfaat buat blogger yang mahu mendalami ilmu SEO ini - penggunaan kata kunci yang baik untuk blog.


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. aduh...
    byk lg tak paham tntg blog ni..

    BalasPadam
  2. Yalah keyword iaitu kata kunci amat penting sekali untuk lebih dikenali oleg google agar terindek nanti.

    BalasPadam
  3. salam, nak tanya pasal ditag dengan H1 atau H2 dalam entri blog? xberapa faham.Thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah tulis dalam blog ini, search sahaja H1 tag ...

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement