18 Perkara Untuk Menjadi Blogger Yang Disukai Ramai

As-Salam.
Adakah anda ingin menjadi seorang blogger yang disukai ramai? Berikut HH kongsikan 18 perkara yang boleh anda lakukan sebagai blogger untuk menjadi antara blogger yang disukai dan digemari dunia blogger Malaysia.

18 Perkara Untuk Menjadi Blogger Yang Disukai Ramai
  1. Sentiasa ada dalam blog anda ucapan seperti - "Selamat Pagi" atau "Assalamualaikum" di awal blog anda, ia seperti mengalukan kedatangan pengunjung ke blog.
  2. Blog anda sentiasa ada perkembangan, ada update terkini.
  3. Menulis berdasarkan kejujuran diri, tak perlu nak buat entri yang tidak mencerminkan diri anda.
  4. Membuat kunjungan balas kepada blogger yang sering memberikan komen.
  5. Hargai setiap pengunjung dan pembaca blog anda.
  6. Jangan mudah terasa hati dengan komen-komen yang agak pedas tentang entri dan blog anda. Terima secara terbuka.
  7. Tidak bebankan pengunjung blog anda dengan variasi iklan, klik sana, klik sini dan juga widget-widget yang berat.
  8. Cuba mengingati rakan blogger anda yang sering berkunjung ke blog anda, jadikan mereka rakan maya anda.
  9. Jika anda tidak puas hati terhadap sesuatu komen, cuba lahirkan perasaan tidak puas hati itu dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.
  10. Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak dalam blog anda.
  11. Anda berhati-hati ketika memberikan komen ataupun menulis entri berkaitan sesuatu perkara atau isu.
  12. Anda menitikberatkan cara penampilan blog anda untuk kepuasan pengunjung dan bukan hanya untuk diri anda sendiri.
  13. Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam entri blog anda.
  14. Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada rakan blogger lain.
  15. Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap blogger lain.
  16. Anda dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai karenah pengunjung dan rakan blogger anda yang ingin berkenalan dengan anda.
  17. Mengakhiri penulisan blog anda dengan ucapan terima kasih, dan mungkin ungkapan maaf (jika perlu).
  18. Sesekali berikan backlinks kepada blog-blog yang bantu menaikkan blog anda dari semasa ke semasa.
Gitulah adanya 18 perkara yang boleh membantu anda untuk menjadi seorang blogger yang disukai dan digemari ramai. Mungkin dengan cara-cara yang HH kongsikan di atas, dapat menambahkan lagi kenalan blogger dan juga followers blog anda.

Terima kasih kerana kesudian anda membaca entri ini.


Post a Comment

1 Comments

  1. blog walking dipagi hari. Info yang bermanfaat. boleh ya sy masukkan dalam blog saya sebagai panduan diri saya. terima kasih...

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.