As-Salam.
Buat info, jangan salah penelitian tentang blog HH ini. Ini bukan blog berplatform wordpress, hanya bentuk dan layout je begitu, blog ini sebenarnya masih menggunakan hosting blogspot kerana beberapa sebab tertentu.

Hanya nama domain sahaja yang dibeli menggunakan syokhost (hanya RM30+ setahun). Tetapi format nak tulis entri, publish dan edit semuanya menggunakan blogspot edisi editor terkini. Mengapa tidak HH menggunakan wordpress?

  1. Ada widget followers yang tidak terdapat dalam sistem wordpress.
  2. Tiada masalah bandwith apabila blog banyak gambar.
  3. Boleh guna layout wordpress dalam platform blogspot sedangkan wordpress tidak boleh.
  4. Blogspot lebih mesra pengguna berbanding wordpress.
  5. Blog dalam blogspot diberikan keutamaan tersendiri dalam enjin carian Google yang banyak digunakan, walaupun bermasalah di enjin carian lain.
  6. Ada sistem Google+ yang membantu menaikkan ranking sesuatu post dalam enjin carian.
  7. Banyak widget percuma yang boleh digunakan untuk diterapkan dalam sistem blogspot ini.
  8. Pengguna blogspot adalah lebih ramai terutama blogger di Malaysia, dan kebanyakkan daripada mereka memerlukan bantuan untuk menggunakan blogspot.
  9. Mahu mendalami ilmu blog dalam platform blogspot ini, dan ianya mudah kerana banyak sumber yang boleh kita dapati dalam internet.

OK, rasanya cukup dah sebab mengapa HH memilih blogspot sebagai platform berblog berbanding dengan wordpress. HH pernah mencuba menggunakan wordpess tapi mungkin sebab otak ni lambat nak hadam, banyak perkara dalam wordpress yang tidak difahami.

Walaupun begitu, tidak disangkal, blog berplatform wordpress lebih mesra SEO berbanding yang lain, dan loading blog juga lebih baik.

 
 
 

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul2 saya sangat2 setuju dengan artikel nie....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement