As-Salam.
Jika anda mahu menjadi seorang blogger yang baik, perkara paling utama ialah mengetahui mengenai apa yang ingin anda sampaikan, ceritakan dan kongsikan di dalam blog anda. Jangan terlalu terikut dengan rentak blogger lain, atau cuba menjadikan blog anda seperti mana blog mereka.
Dari segi pencapaian, ya ... bolehlah anda lihat dan jadikan pedoman dan ikutan. Tetapi, kalau setiap entri dia, anda pun nak post perkara yang sama (sebijik-sebijik lak tu), maka cuba-cubalah kurangkan.
Ada blogger suka sangat cerita benda yang sama, malah hampir 80 peratus kandungan blog, bukan hasil daripada garapan sendiri atau idea sendiri. Blogger seperti ini selalunya melihat entri paling popular dan paling hot di dalam dunia blogger, lalu mereka buat entri yang serupa. Jika garapannya berbeza, kira oklah ... tapi dari pangkal ayat sampai hujung ayat... hingga kesalahan ejaan pun main tulis gak .. aishhh ....
Kreatifkan diri. HH pernah kering idea, lalu menyelinap masuk ke ruang maya mencari bahan. Dan dalam pencarian itu, HH berjaya menemukan satu idea dan buat satu entri, puhhh meletup .. sampaikan BeautifulNara pun rujuk entri HH itu untuk dipaparkan di dalam blognya. Trafik ... pastilah mencanak secara tetiba.
Bukan tak boleh buat. HH yang dah umur beradab ni boleh, takkan anda yang banyak idea bernas tak boleh? Anda boleh, dan boleh berjaya lebih daripada mereka yang anda dok cedok idea mereka tu. Anda perlu yakin dan percaya bahawa penulisan anda adalah yang terbaik.
Sekali lagi, bila anda dah boleh adaptasi rentak sendiri dalam penukilan di blog, InsyaAllah ... HH pasti akan ada blogger lain yang cuba meniru gaya anda pula.
betul, jadilah yg unik, yg original, klau dok tiru org lain je, mls nk bc...
BalasPadamSangat2 setuju...
BalasPadamBetul bro..setuju..kadang-kadang perasan jugak ramai blogger yang copy paste
BalasPadamEntry terbaru saya "Taktik penipuan melibatkan poslaju"
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.