As-Salam.
Ada juga yang benci pada blogger Malaysia ni. Jangan tak terperasan pula, sememangnya hasad dan kebencian itu ada di mana-mana selagi adanya syaitan dan iblis yang suka membisik perkara durjana di telinga. 

Pernah satu ketika dahulu, blogger Malaysia dikecam oleh sebilangan blogger yang bukan dari Malaysia. Ini semua adalah kerana gara-gara perkara realiti yang berlaku di luar dunia blogger. Dek kerana beberapa penulisan, kebencian itu dibina dan dicanang sekuat-kuatnya tanpa ada segan silu, tanpa ada batas; tanpa disaring dan dijaring.

Bila menulis dengan rasa kebencian, makanya penulisan pun jadi 'kasar'. Perkataan dan ayat yang tidak sepatutnya terucap, dititipkan dengan jari jemari di papan kekunci.

Kebencian terhadap blogger Malaysia, hanya berlaku andai tiada rasa hormat akan perihal orang lain, isu yang kecil diperbesarkan, perkara yang sekelumit didasarkan untuk permasalahan lain yang sengaja dikait-kaitkan.

Boleh dielak. Jari anda, papan kekunci anda, blog anda ..... hak terletak di tangan anda, jawapan ada di benak anda. Jangan biarkan blogger Malaysia dibenci, tetapi jadikan blogger Malaysia satu komuniti yang disegani, baik dalam negara tercinta ini, mahupun di luar sana.

*p.s: Ada anggapan bahawa blogger Malaysia paling banyak buat blog lucah daripada blogger serantau lain. Erkkk .... biar betul!


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kebencian boleh diubah..tapi kalau malaysia paling banyak buat blog lucah ..itu...errrr....huhu ..yeke HH ? risau kena kecam je blogger Malaysia

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement