As-Salam.
Mungkin akan ada yang berasa geli hati atau tidak percaya, bolehkah seorang blogger menerbitkan entri blognya ketika tidur? HH kata boleh, dan pernah melakukannya. Bukan perkara mustahil, malah sebenarnya ramai blogger yang melakukannya tanpa dia sedar.
Bagaimana caranya?
Menerbitkan entri di blog ketika tidur adalah dengan menjadualkan entri blog anda ketika waktu di luar jaga anda, selalunya antara jam 12 tgh malam sehinggalah 6 pagi. Anda boleh nampak 'Schedule' di bahagian sisi editor blog, selain perkara lain seperti Labels, Location dan Options.
Adakah relevan untuk menjadualkan post anda itu di waktu anda dan orang lain sedang tidur? Relevan seandainya anda mempunyai pembaca dari luar negara yang masanya berbeza dengan kita. Jadi, ketika ini ...blog anda akan dikunjungi oleh mereka yang di luar masa tempatan (Malaysia).
Banyak blog-blog informasi yang terus-terusan menerbitkan post baru, hatta di luar waktu biasa (6 pagi - 12 tgh malam), dan kerana blog informasi ini sangat dicari terutama kisah-kisah yang berkaitan dengan peristiwa sedunia, peristiwa sukan contohnya Euro 2012, maka secara tak langsung, blog menerima trafik ketika ramai blogger di Malaysia sedang tidur.
Jadi, jangan ambil mudah akan post settings yang disediakan oleh blogspot, kerana ia sebenarnya membantu anda dan blog anda untuk berada di enjin carian dengan mudah.
Di sini tidur, di sana mencari info.
pernah guna juga
ReplyDeletehaha...tapi masa ni tak buat lagi HH..sebab lebih puas kalau tengok pengunjung datang sendiri bukan ? ..haha
ReplyDeletebetul tu.. hehehe :)...
ReplyDeleteYg ni mmg praktik especially bila bercuti panjang, jauh dr sumber internet. hoho..
ReplyDeleteAssalam, tak pernah cuba lagi... kalau nak cuba pun mungkin kalau waktu sibuk lah....
ReplyDelete:)
ReplyDeletecam menarik.. :)
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.