As-Salam.
Seandainya anda seorang blogger yang mempunyai sebuah blogshop, anda mungkin boleh mencuba mendapatkan sebuah laman web perniagaan sendiri, yang disokong oleh pihak SKMM, SME Corp serta Google. Anda boleh daftar di sini: Get Malaysian Business Online

Dengan sokongan-sokongan ini, tidak mustahil perniagaan anda akan mudah berkembang, asalkan anda mengikuti tips serta panduan yang telah disediakan kepada anda.

Paling menarik sekali ialah, anda akan diberikan kesempatan untuk menggunakan perkhidmatan Google Adsense atau Google Adwords dengan diberikan percubaan percuma bernilai RM200!


HH dah cuba, dan mendapati bahawa ia mudah untuk diselenggara, dan anda boleh pilih bentuk dan cara penampilan laman perniagaan anda. Ada template disediakan, ia seperti anda membina blog sendiri, cumanya, anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari widget, kerana segala kemudahan telah disediakan.

Antara ciri-ciri menarik:
  • Anda akan ada domain perniagaan sendiri percuma (terhad); cthnya: www.customerchoices.com.my
  • Ciri-ciri disediakan oleh pihak Google, menerusi Google Business Sitebuilder
  • Telah punyai ruangan contact detail yang jika anda buat blog, anda perlu dapatkan menggunakan widget luar yang terhad pengggunaannya.
  • Ada template perniagaan disediakan. Anda boleh juga customize jika mahu.
  • Telah siap sedia, 3 perkara utama untuk sebuah perniagaan online iaitu laman utama, ruang produk, dan ruang untuk dihubungi.
  • Google Adwords - pemasaran secara online percuma bernilai RM200.
  • Khidmat bantuan dalam talian oleh pakar perniagaan online.
  • Ruangan analitik untuk pantau trafik laman web perniagaan anda. Jika kurang memuaskan, anda akan diberikan sokongan yang sepatutnya.

Cubalah. Mana tahu, dari sebuah blogshop biasa, anda akan ada sebuah laman web perniagaan yang nampak profesional seperti laman perniagaan ini:




Dapatkan ia untuk bisnes online anda di sini: Get Malaysian Business Online



2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalam , memang terbaik... ini bagus bagi mereka yg nak ceburi bidang perniagaan online... bagus juga info ini... thanx HH..

    BalasPadam
  2. Bagus ni untuk yang buat perniagaan online..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement